Apa hubungan pesawah dengan kerajaan?

- Advertisement -

BERNAS ditubuhkan pada tahun 1994. Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim. Pada tahun 1996, BERNAS diberi kebenaran mengambil alih Lembaga Padi Negara (LPN). 

- Advertisement -

Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani. 

Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim.

Pada 25 Ogos 1997, BERNAS disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat Antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.

Menteri Kewangan pada ketika itu ialah Anwar Ibrahim. 

Pada 30 Julai 2009, syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31 peratus menerusi pasaran terbuka tetapi BERNAS perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.

Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7 peratus ekuiti BERNAS bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57 peratus kepentingan ekuiti di dalam BERNAS.

Pada ketika ini Menteri Kewangan ialah Nor Mohamed Yakcop. 

Pada 5 Disember 2022, Perdana Menteri ke-10 merangkap Menteri Kewangan bercerita mengenai penindasan terhadap petani dan kita sebagai rakyat perlu memecahkan monopoli yang ada. Tiba-tiba juga memberitahu secara umum jumlah perkongsian (individu) yang ada di dalam syarikat yang mana sudah pun dibawa ke papan utama. 

Pasaran terbuka ini dibuat dan dibuka pada tahun 1997 (perkara ke-3 di atas). Lalu ia memang boleh dibeli oleh sesiapa yang mempunyai kapasiti pembelian tersebut. 

Sekadar memberi fakta jelas kepada semua mengenai apakah hubungan antara petani – kerajaan sahaja terhadap apa yang dibentangkan di sidang media 5 Disember 2022 oleh Menteri Kewangan. 

Terima kasih.

KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 6/12/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0dpZBGKHzj1SntjARM2A4mzWPVUcTazkEtkMi3VWLZM4ffL1pdNQNTghVUoUwRjeWl/?mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -