Anwar ambil pendekatan seperti minda pembangkang

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan seperti minda pembangkang yang mengaitkankan dana pilihan raya PERIKATAN NASIONAL dengan syarikat perjudian.

- Advertisement -

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa isu berkenaan dibangkitkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan itu.

Menurutnya, sudah ada satu surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu yang menunjukkan ada parti-parti politik lain sebenarnya menerima bantuan daripada tauke judi.

Sehubungan itu, beliau berpandangan supaya berlaku adillah dalam membuat apa-apa kenyataan.

Katanya, Perdana Menteri sepatutnya bertemu dengan media selepas mesyuarat yang penting di awal pemerinatah kerajaan bercakap tentang isu-isu kenegaraan.

“Dan kalau kita tengok semalam pun yang disebut oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet jauh beza seorang Perdana Menteri yang sepatutnya bertemu dengan media selepas mesyuarat yang penting di awal pemerintahan kerajaan sepatutnya bercakap tentang isu-isu kenegaraan.

“Ke mana nak dibawa negara ini, bagaimana nak menyelesaikan masalah rakyat, bagaimana nak menyelesaikan masalah harga barang, ekonomi dan sebagainya tetapi diambil pendekatan seperti minda pembangkang,” ujarnya yang juga Menteri Besar Terengganu kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan media, Samsuri berkata apa yang ditimbukan itu tiada kesudahan.

“Minda pembangkang begitulah. Dia sentiasa mencari salah orang sedangkan di hadapan ada tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan apa yang perlu dibuat seperti yang dijanjikan

“Bagi kita itu pandangan orang yang desperate, atas apa tujuan mereka,” katanya yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL negeri. – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -