Anak muda sensitif isu integriti, sokong PERIKATAN NASIONAL

Andansura Rabu menyertai flashmob bersama para petugas PERIKATAN NASIONAL bagi PRU15 DUN Tioman di Kuala Rompin, petang semalam
- Advertisement -

SOKONGAN anak muda kepada PERIKATAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu antaranya disebabkan mereka sensitif dengan isu integriti. Perkara itu disentuh ADUN Beserah, ANDANSURA RABU semasa diwawancara wartawan China Press di pejabatnya di Putra Balok, Kuantan kelmarin. Berikut ialah petikan wawancara tersebut.

- Advertisement -

CHINA PRESS: Sejauh mana Undi-18 memberi kesan terhadap PAS dalam PRU15 di negeri Pahang? Kesan positif dan negatif.

ANDANSURA RABU: PAS negeri Pahang khasnya pengundi muda Undi 18, khasnya first time voter ini memainkan peranan sangat penting dan beri kesan positif kepada tahap sokongan kita. Kita dapat mempertingkatkan hampir seratus peratus, memang lebih pada 100 peratus. Jumlah kerusi yang kita boleh menang daripada lapan kepada 17 jadi kebanyakan kerusi yang kita menang ini disumbangkan oleh sokongan oleh pengundi-pengundi muda. Maka kita boleh katalah Undi 18 yang ada dibawa perubahan 2, 3 tahun lepas memberikan kesan yang positif kepada PAS Pahang itu secara keseluruhannya.

Adakah PAS kali ni telah banyak menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook serta pengaruh influencer online sebagai strategi untuk mendekati golongan pengundi muda, dan apa hasilnya?

Berkaitan dengan kaedah kempen kita dan penerangan memang kita menggunakan media sosial. Kita ada selain daripada Facebook biasa Instagram, TikTok kita gunakan secara meluas dan menyeluruh. Dan oleh kerana TikTok ini juga adalah merupakan medium yang digunakan oleh pengundi muda kebanyakan. Maka inilah yang memberi kesan kepada sokongan pengundi muda bila mereka mendapat maklumat kami, maklumat PAS, maklumat PERIKATAN NASIONAL melalui media-media sosial ini. Dan dia juga memberikan satu peluang besar kepada kepada PAS untuk meneroka platform media sosial ini untuk tujuan nak beri faham kepada seluruh ahli masyarakat, seluruh rakyat tentang perjuangan dan hala tuju PAS lah. Sebab itu kita dapat sokongan yang agak yang menggalakkan sokongan yang memberangsangkan.

Ada yang berpendapat, tsunami Melayu yang wujud dalam PRU15 ini menyebelahi PAS-PN adalah bermula dari madrasah dan sekolah agama, apa pendapat YB?

Saya rasa tsunami Melayu yg ujud dalam PRU15 ini sama ada di Pahang, atau di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan seluruh negara adalah disebabkan oleh kesedaran dan juga disebabkan oleh persetujuan orang Melayu terhadap perjuangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Ditambah pula dengan penolakan, penolakan daripada masyarakat keseluruhannya kepada parti-parti yang telah banyak mendatangkan kerosakan, rasuah terutama sekali. Kemudian juga apa itu sentimen perkauman yang kuat menjadikan ianya menyebelahi kepada PAS. Bukan semata-mata disebabkan oleh adanya sekolah agama ataupun madrasah, tidak. Kerana tidak ramai sangat, cuma berapa persen sahaja pemgundi yang datang dari sekolah agama ataupun madrasah. Kecil sangat jumlah dan bilangannya jika dibandingkan itu adalah sokongan utama.

Adakah pengaruh PAS berjaya menembusi kawasan Felda yang selama ini dianggap sebagai kawasan kuat Umno? Kerusi mana dikatakan kawasan Felda telah berjaya dimenangi PAS. Sebab apa sokongan peneroka telah beralih kepada PAS?

Antara sebab utama kenapa pengundi muda Melayu ini sokong PAS adalah kerana mereka melihat PAS ini bersih. Anak-anak muda ni dia dapat maklumat banyak melalui media sosial dan juga rakan-rakan mempengaruhi mereka bahawa dari sudut integriti anak muda ni dia memang sensitif dalam sudut integriti, itu petanda baik. Maka mereka melihat daripada kebanyakan parti yang ada ini, PAS telah menunjukkan tahap integriti yang tinggi, yang pertama.

Yang keduanya pengundi muda Melayu yang juga penyokong PAS dan PERIKATAN NASIONAL kerana mereka terkesan dengan sumbangan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Sewaktu kita berada di dalam pendemik Covid-19, tempoh PKP dua tahun itu, anak-anak muda ini terkesan, tetapi mereka dibantu.

PAS telah berjaya dari satu sudut di Pahang ini menembusi kawasan kubu kuat Felda seperti di Jengka, di Jerantut, di Felda di DUNi Pulau Tawar, di Bukit Ibam di Rompin tapi kita masih lagi belum mampu menembusi di Bentong dan juga di Bera. Tapi macam di Kuantan ni seperti di DUN Panching kita telah tembusi lama. Ini menunjukkan bahawa sokongan kepada PAS semakin meningkat di kawasan-kawasan pedalaman, kawasan-kawasan Felda. Antara sebabnya adalah kerana generasi awal Felda ramai yang dah tak ada. Sikap terhutang budi kepada kepada Umno dulu telah lama tinggal dah tak ada dah sebab orang-orang lama ramai yang telah meninggal.

Generasi yang kedua ini mereka lebih terbuka dan sumber maklumat mereka lebih banyak. Antara sebab kita dapat sokongan di Felda khasnya di Pahang ini kerana ramai anak muda bekerja di luar dari kawasan Felda, mereka mendapat maklumat yang banyak selain membuat perbandingan daripada di kawasan Felda. Maka ini menjadi pendorong kepada mereka untuk membuat perubahan bila mereka balik mengundi di Felda. Mereka juga telah memberikan sokongan kepada PAS dan Perikatan Nasional.

Ditambah pula dengan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi Perdana Menteri dihapuskan hutang yang tertunggak begitu banyak RM8 bilion nilainya. Jadi terhutang budi dengan itu generasi muda Felda mereka telah menolak Umno dan Barisan Nasional dan pilihan yang ada pada mereka adalah PAS dan PERIKATAN NASIONAL. – HARAKAHDAILY 6/12/2022

- Advertisement -