Tan Sri Muhyiddin seleweng RM600 bilion?

- Advertisement -

SAYA sebenarnya malas nak ulas isu ini kerana terlalu straight forward. Tak ada sesiapa yang waras boleh terkeliru dengan isu ini.

- Advertisement -

Tapi bila semakin ramai orang sebut benda ni, termasuk Menteri yang baru dilantik, saya rasa isu ini agak irritating. Seperti langau yang terbang di muka kita, nak tak nak kita kena tepis juga ketepi. Jadi, saya nak ulas sikit saja.

Jumlah RM600 bilion ni saya tak tahu dari mana datangnya. Yang saya tahu 8 Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan semasa Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri jumlahnya RM530 bilion. Apa dia yang banyak sangat itu?

RM447 bilion adalah dalam bentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan. Ia adalah duit tuan-tuan atau duit bank.

Antaranya, duit pengeluaran KWSP RM145 bilion. Duit pengurangan bayaran KWSP RM10 bilion. Moratorium pinjaman bank RM180 bilion dan banyak lagi. 

Macam mana nak seleweng duit ini? Contoh, duit KWSP. Kita tahu berapa duit KWSP kita. Katalah kita ada RM100,000 dan kita mohon keluar RM10,000. Permohonan kita diluluskan dan duit RM10,000 masuk ke akaun bank kita. Akaun KWSP kita pun ditolak RM10,000, tinggal baki RM90,000. 

Kalau kita mohon pengeluaran RM10,000 dan kita dapat RM10,000, dan duit baki ada lagi RM90,000 dalam akaun KWSP kita, kot celah mana duit itu diseleweng? 

Tapi, kalau kita mohon RM10,000, KWSP tolak daripada akaun kita RM10,000, tapi kita terima RM5,000 saja, bolehlah kita kata duit itu diseleweng, kan? 

Ada ke kita dengar kes macam ni? Kalau ada mesti dah heboh satu negara. Masuk Buletin TV3 dah. Tapi kita tak ada dengar pula kan? Jadi apa yang selewengnya? I cannot brain

Selain dari itu, ada juga yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM83 bilion. Ini duit kerajaan yang disalurkan terus kepada rakyat. 

Apa dia? Contohnya bantuan tunai langsung seperti Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Prihatin Rakyat dan Subsidi Upah. 

Saya ambil contoh BPN. Jumlah perbelanjaan keseluruhannya RM18 bilion yang melibatkan 7 juta penerima. 

Katalah Tan Sri Muhyiddin seleweng RM2 bilion (sebab sekarang ni ribu-ribu dan juta-juta dah tak main dah. Kalau nak seleweng mesti bilion). Kalau ini berlaku, hampir 1 juta penerima tak terima duit yang mereka sepatutnya terima. 

Kalau 1 juta orang tak terima duit BPN, agak-agak dia orang tak bising ke? Saya rasa bukan setakat bising, dah terbakar dah satu Putrajaya tu. Tapi tak ada siapa yang bising pula? Elok saja. 

Jadi, kut celah mana selewengnya? I cannot brain this too. 

Jadi, kesimpulan saya, seleweng RM600 bilion ini tak wujud. Mereka yang tabur fitnah ini pun tahu ia tak wujud. Tapi mereka fitnah juga. 

Kenapa? Kerana ini psywar politik saja. Berbeza dengan yang seleweng duit 1MDB. Yang itu dah ada bukti di mahkamah. Bukan psywar lagi. 

Mereka yang jaja isu seleweng 600 bilion ini sebenarnya mengguna kaedah psywar yang dah lapuk. Kononnya pembohongan yang diulang berkali-kali akhirnya akan nampak seperti benar. 

Sudahlah. Rakyat tak bodoh. Kalau benda bohong ni diulang banyak-banyak kali, nanti yang mengata itu pula nampak tak cerdik.

MARZUKI MOHAMAD – HARAKAHDAILY 4/12/2022

- Advertisement -