Piala Dunia Qatar: Belanda pertama mara ke suku akhir

Pemain Belanda meraikan gol ketiga jaringan Denzel Dumfries - REUTERS
- Advertisement -

Belanda muncul negara pertama mara ke suku akhir Piala Dunia apabila menewaskan Amerika Syarikat 3-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa.

- Advertisement -

Jaringan pada minit ke-10 oleh Memphis Depay, diikuti gol kedua Daley Blind pada minit akhir separuh masa pertama membuka jalan kepada Belanda untuk membuat pertembungan lapan terakhir dengan Argentina yang menewaskan Australia 2-1.

Pemain gantian Haji Wright menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk memberikan Amerika Syarikat harapan untuk terus bersaing, tetapi sepakan voli Denzel Dumfries mengesahkan penampilan suku akhir ketujuh untuk Belanda.

Denzel Dumfries cemerlang dengan merancang dua gol dan menjaringkan satu gol

Skuad Belanda kendalian Louis van Gaal mendahului dengan serangan pertama mereka apabila gerakan lancar berakhir dengan Dumfries memotong hantaran sempurna untuk penyerang Barcelona, Depay menghasilkan gol pertama.

Dumfries sekali lagi menjadi perancang dengan membuat hantaran ke depan gawang untuk Blind merembat deras menjadikan kedudukan 2-0 dan meletakkan pasukannya mendahului perlawanan dengan selesa.

Wright mengurangkan jurang Amerika Syarikat dengan Belanda apabila menjaringkan gol hasil hantaran silang Christian Pulisic, tetapi gol Dumfries pada minit ke-81 menamatkan sisa-sisa perjuangan skuad muda Amerika Syarikat untuk mencari gol penyamaan. – REUTERS

- Advertisement -