PAS sucikan Umno?

Siri menjawab naratif

- Advertisement -

NARATIF 1:

- Advertisement -

Dulu PAS sucikan Umno. Tan Sri, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) peluk dan suap kek ke mulut Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kami ambil Zahid yang dah disucikan. 

Komen: Ya tuan-tuan. Memang cacat bunyinya.

Jawapan:

1. PAS sentiasa mengguna naratif Perpaduan Ummah dengan Umno. Sedari awal idea UG ditutur oleh TGHH. Sepanjang masa, PAS kekal dengan pendirian ‘innocent until proven guilty‘. PAS komited dengan MN sehingga ia terkubur tanpa nisan, kerana Umno dan BERSATU yang enggan bersama. 

2. Yang tidak puas hatinya kamu. Kamu tuduh PAS beri nyawa kepada Umno. PAS bersekongkol dengan penyamun. PAS langgar amanat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). PAS puas hati dengan 1MDB. PAS tidak seperti dahulu. Kamu sampai tantrum keluar parti.

3. Tiba-tiba kamu pula peluk Zahid, angkat jadi bos. Kamu beri nyawa kepada Umno yang sudah hampir dikafankan. Dan kamu salahkan PAS yang mulakan ‘penyucian’ Zahid. Alasan kamu, PAS dah sucikan, kami ambil yang telah sucilah. 

3. Walhal PAS tidak pernah sucikan sesiapa. Zahid dan Najib tidak diberi jawatan pun ketika PAS dalam kerajaan ‘tebuk atap’ PN, ketika semua orang ‘desperate’ sokongan. Kes tetap diteruskan walaupun MN ditubuhkan. 

Tak cantik saudara, hujah nampak ‘low class‘ sangat. Kurang progresif. Cuba lagi ya.

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 4/12/2022

Sumber asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02hnzCeFc6USafvcjXU3THqZeg7CmbWMq3y6c9y1mZMf9tErxSYGsVvGK9x4QmcRDRl&id=1460461665&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

- Advertisement -