Bahaya kuasa Kerajaan Tempatan

- Advertisement -

RAMAI yang mengulas dan marah mengenai pelantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak rasa pelik kerana jasa beliau begitu besar untuk Anwar. Beliau sanggup berbohong dalam kempen malah dalam PAU dan mesyuarat MKT Umno demi Anwar. Maka wajar beliau dihargai.

- Advertisement -

Isu beliau adalah orang yang didakwa di mahkamah tetap memalukan negara. Seorang Timbalan Perdana Menteri berkemungkinan menjadi banduan. Namun rakyat dan negara luar tentunya tidak hairan jika Timbalan Perdana Menteri bakal banduan kerana Perdana Menteri sendiri bekas banduan. Bukan banduan biasa-biasa. Banduan yang dihukum kerana sabitan kesalahan moral luar tabie dan salah guna kuasa. 

Apa yang lebih penting adalah kedudukan Nga Kor Meng sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. Paling menarik DAP menguasai Exco Kerajaan Tempatan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  Apakah ianya satu kebetulan atau perancangan rapi DAP menguasai Kerajaan Tempatan. 

Antara misi besar DAP ialah menguasai bandar-bandar utama di Malaysia. Walaupun mereka telah mengubah saiz Parlimen dan DUN kawasan bandar, tetapi mereka terpaksa tunduk kepada kuasa Datuk Bandar atau YDP Majlis Kerajaan Tempatan. Biasanya terdiri dari pegawai tinggi kerajaan berbangsa Melayu. Semasa Pakatan Rakyat menguasai Perak, seorang pimpinan India DAP cuba ditabalkan menjadi Datuk Bandar. Namun usaha itu gagal termasuk tentangan kuat PAS, yang juga kompenan PR.

Mungkin ramai beranggapan kuasa Kerajaan Tempatan berada pada negeri. Jika begitu, empat negeri termasuk negeriku Perak yang ‘digadai’ Umno kepada DAP walaupun PN lebih dominan dari PH. Apa yang dibimbangi ialah kuasa Nga Kor Meng yang dilantik Kabinet menguruskan Kerajaan Tempatan di Malaysia. Beliau dikenali seorang yang ‘sangat jahat’ malah ada yang menganggap beliau adalah kembar superman DAP. 

Jika dilihat pindaan Perlembagaan 1960, kuasa menteri agak luas. Itu belum diambil kira dari pindaan enakmen antara petikan:

“Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir Kerajaan Tempatan kepada kerajaan negeri [3]. Bagi Kerajaan Tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, pindaan Perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan [6]. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang Menteri Persekutuan selaku Pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-wakil Kerajaan Persekutuan. Walaupun berperanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir Kerajaan Tempatan, pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada Pengerusi sekali gus memberi Kerajaan Persekutuan pengaruh yang besar terhadap Kerajaan Tempatan.”

Saya yakin antara agenda utama Nga Kor Meng ialah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Ini perjuangan utama DAP dalam usaha menguasai Kerajaan Tempatan. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum dan penguasaan?

Dengan beberapa Exco DAP menguasai Kerajaan Tempatan yang selaras dengan pusat,  cengkaman kuasa terhadap aktiviti dan premis berada di bawah DAP. Penguasaan berkaitan arak, judi dan hiburan akan semakin kuat. 

Nga Kor Meng pernah mempertikaikan di dalam Dewan Negeri Perak berkaitan kuasa Majlis Kerajaan Tempatan di Selama yang mengharamkan arak walaupun punyai hampir keseluruhan penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Dalam kehairanan melihat begitu berani Anwar merempuh gelombang penolakan rakyat terhadap Kabinet Malaysia. Saya mengesyaki pelantikan Zahid ada kemungkinan mengalihkan perhatian dari kuasa DAP dalam kerajaan. 

Jangan mudah terpedaya dengan taktik DAP yang berselindung dengan puppet Melayu sejak kempen PRU. Hakikatnya di belakang percaturan ini adalah DAP yang mendominasi PH

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 4/12/2022

- Advertisement -