PRU15: Kerajaan Campuran

- Advertisement -

PASCA PRU15 menyaksikan agihan kerusi Parlimen antara 3 blok utama iaitu PN, PH dan BN memerlukan pihak lain untuk bersama bergabung membentuk kerajaan. Tiada pihak yang dapat membentuk kerajaan tanpa gabungan 2 blok daripada 3 blok utama ini.

- Advertisement -

Ada 3 cara untuk gabungan ini untuk membentuk kerajaan:

1. Kerajaan Campuran.

Kerajaan Campuran ialah kerajaan yang terdiri daripada campuran beberapa parti politik. Pembentukan Kerajaan Campuran ini terjadi ialah kerana tiada satupun parti yang dapat mencapai majoriti mudah semasa PRU, iaitu 112 kerusi Parlimen di Malaysia.

Sebahagian parti politik (atau gabungan politik) membentuk kerajaan, dan selebihnya menjadi pihak pembangkang.

2. Kerajaan Minoriti.

Kerajaan Minoriti pula ialah sebuah kerajaan yang terbentuk daripada sebuah parti politik (atau gabungan politik) yang tidak memiliki majoriti mudah dari keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan, sebaliknya mendapat sokongan parti politik (atau gabungan politik) pihak pembangkang. 

Secara umumnya, sebuah Kerajaan Minoriti kurang stabil berbanding dengan sebuah Kerajaan Majoriti. 

Ini disebabkan pihak pembangkang lebih mudah untuk menjatuhkan kerajaan dengan majoriti mudah Undi Tidak Percaya.

3. Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan ialah sebuah kerajaan gabungan yang terdiri daripada semua parti politik (atau gabungan politik) tanpa kewujudan pihak pembangkang. Kebiasaannya ia dibentuk semasa waktu berperang atau lain-lain melibatkan darurat negara.

24 November 2022: PH dan BN telah capai kata sepakat untuk membentuk Kerajaan Campuran dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-10. GPS dan GRS juga turut memberi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Campuran ini.

Rujukan: 

1) https://malaysiagazette.com/2022/11/26/naratif-kerajaan-perpaduan-dan-kerajaan-campuran-di-malaysia/ 

2) https://www.astroawani.com/video-malaysia/infografik-apa-itu-kerajaan-minoriti-1997994 

3) https://www.astroawani.com/video-malaysia/malaysia2020-apa-itu-kerajaan-campuran-1835966 

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 2/12/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid027PAsanuV14HimGSuP7XD85GsVSEzEvrBX68vxzLzBGL7KJFYmj1o9xViCfhpPRhzl&id=100042985766158&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -