PN tidak derhaka, sebaliknya usahakan kestabilan

- Advertisement -

ROMPIN: Tidak timbul PERIKATAN NASIONAL (PN) menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong kerana sedia dimaklumi bahawa baginda tidak campur tangan dalam urusan parti-parti politik, demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

- Advertisement -

Menyangkal tuduhan PN menentang baginda kerana tidak menurut titah untuk bersama kerajaan, beliau menjelaskan, tindakan PN itu adalah berdasarkan kepada keputusan dan dasar telah sedia dimiliki yang harus dipegang oleh parti-parti di dalamnya.

“Cuma kita akur bahawa baginda merupakan payung bagi negara kita. Mana-mana parti yang tak boleh terbentuk kerajaan terpaksa diadakan perundingan,” ujarnya dalam Sembang Santai sempena PRK N.42 Tioman di Bandar Baru Rompin, di sini semalam.

Menurutnya, walaupun gelombang sokongan rakyat lebih besar kepada PN, tetapi ketiadaan majoriti dominan mana-mana gabungan telah membawa kepada cadangan perbincangan oleh baginda, namun ‘keajaiban’ berlaku setelah itu menerusi gabungan PH-BN.

“Maka perundingan terbuka kepada parti-parti dan kita menyaksikan bagaimana perkara yang pelik. Ini antara 10 ajaib di dunia ini ya. Parti politik yang duk serang Umno sebagai musuh utama dia, perompak, penyamun, apa semuanya, akhirnya ‘join’ penyamun.

“Ini satu keputusan yang kita tak jangka bagaimana orang yang satu masa menyerang habis-habisan dalam kempennya, ‘No Anwar, No DAP’ bersumpah lagi wallahi, wabillahi, watallahi, sumpah macam-macam tiba-tiba apa yang berlaku mereka bentuk bersama kerajaan,” ujarnya.

Maklum beliau, PAS dan PN telah mengusahakan perundingan bagi membentuk kerajaan dengan pihak-pihak berkenaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri dalam rangka muafakat ummah, tetapi Umno-BN akhirnya lebih memilih untuk bersama PH.

“Saya tengok bahkan dalam perbincangan saya pun, sebenarnya terus terang saya sebut, bahawa kalau Tuanku sendiri pun berkehendak untuk melihat politik stabil, ekonomi berjalan baik dan sebagainya. 

“Jadi kalau kita nak capai kestabilan, kita lihat ialah muafakat yang ada ni ialah satu jalan. Sebab kita telah buktikan kita berada dalam Kerajaan Persekutuan zaman Tan Sri Muhyiddin (Yassin), zaman Datuk Sri Ismail Sabri (Yaakob), kita akui bahawa berjalan okey.

“Kerajaan pentadbiran berjalan baik walaupun berbeza parti-parti politik duk dalam kementerian, dalam masing-masing, tapi kita bekerja dalam konteks kepentingan negara. Dan ini dapat kita buktikan selama hampir 30 bulan kita menerajui kerajaan bersama,” terangnya. – HARAKAHDAILY 2/12/2022

- Advertisement -