Merungkai perselingkuhan antara dua seteru

- Advertisement -

SELURUH negara masih menanti barisan Kabinet yang akan diumum Perdana Menteri ke-10. Mereka menanti untuk melihat apakah barisan Kabinet itu bersesuaian dengan kempen PH khasnya PKR sejak Anwar memburu jawatan Perdana Menteri 1998. 

- Advertisement -

Jika dinilai dari pembinaan kerajaan yang ada ini, ia susah dimulakan dengan kegagalan demi kegagalan dari ungkapan kempen khasnya dalam PRU15. Anti perasuah, penyamun dan lain-lain tidak mudah ditanggalkan oleh Anwar setelah sekian lama dimomokkan dalam kepala penyokongnya.

Saya yakin Anwar tidak bimbang dengan pengundi Melayu khususnya penyokong PH dan mungkin juga sebahagian penyokong Umno yang kemaruk kuasa. Apa yang Anwar bimbang adalah pengundi Cina. Mereka boleh menerima Umno yang dituduh korup menjadi tempat berpijak untuk mereka berkuasa, tetapi mereka pastinya tidak dapat menerima kluster mahkamah berada dalam Kabinet terutamanya Zahid Hamidi. Bukan kerana mereka anti rasuah, tetapi mereka anti Umno dan Zahid Hamidi sejak sekian lama.

Ini dilema Anwar dalam melantik Kabinet baru khasnya jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya pasti Anwar dan Zahid sedang mencari formula baru seperti ‘luka kecil’ ketika Anwar dan Tun Mahathir berdakapan membina kerajaan. Namun dakapan itu terlerai selepas 22 bulan. 

Umum tahu setianya Zahid terhadap gurunya. Namun kali ini Zahid bukan hanya setia tetapi bercampur terdesak dengan kes mahkamah. Anwar sudah mencapai cita-citanya. Apakah Zahid akan dipujuk atau Anwar rela merempuh gelora demi ‘cinta setia’ yang mereka berdua? 

Apapun pilihan Anwar, rakyat sudah melihat kenyataan retorik palsu dua kekasih gelap ini. Jika mereka boleh berpura dan berdusta selain lama, apakah pelik bagi rakyat Malaysia untuk menyaksikan pembohongan dan pendustaan demi pendustaan sepanjang tempoh berkuasanya dua pencetus gelombang ‘reformasi’ dalam Umno 1998 lalu. 

Penyatuan ini menempuh perjalanan panjang dan sukar. Apakah setelah mereka dapat bersama ‘memadu asmara’ secara terbuka, Anwar akan khianati harapan dan impian Zahid. Anwar kini dalam dilema. Perselingkuhan ini perlu dirungkai. Namun apa yang lebih membimbangkan, beliau melayani keinginan Zahid yang mahu jadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya melayani apa sahaja kehendak pengundi DAP demi menghalalkan tindakannya bersama Zahid.

Siapa yang rugi? Pastinya rakyat khususnya orang Islam dan Melayu.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Badan Perhubungan
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 1/12/2022

- Advertisement -