Isu kerjasama BN-PH, beri kelebihan calon PN

Wan Roslan (tengah) pada majlis kesyukuran PAS di Tumpat, Kelantan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kelantan yakin calon PERIKATAN NASIONAL (PN) di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman akan menjadi pilihan rakyat pada hari pengundian 7 Disember ini.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, situasi itu dapat dilihat berdasar momentum sokongan penduduk tempatan di kedua-dua lokasi terbabit. 

Menurutnya, tindakan Barisan Nasional (BN) melutut kepada Pakatan Harapan (PH) sukar diterima pengundi Melayu yang rata-rata menolak DAP.

“Ia adalah antara beberapa isu panas yang semakin diperkatakan rakyat sekarang. Mereka melihat Umno terperangkap dengan agenda PH,” katanya di sini. 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) bagi kedua-dua kawasan Parlimen itu terbabit ditangguh sebelum ini berikutan kematian calon yang bertanding sebelum hari pengundian berlangsung.  

Di Parlimen Padang Serai, PN menampilkan ADUN Lunas, Dato’ Azman Nasrudin. Beliau berdepan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak; Dato’ C. Sivaraajh (BN); dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Di Tioman pula Nor Idayu Hashim mewakili calon PN berdepan Mohd Johari (BN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman Bakar (Pejuang) dan Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH).  

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) bagi kedua-dua kawasan Parlimen itu terbabit ditangguh sebelum ini berikutan kematian calon yang bertanding sebelum hari pengundian berlangsung.  

Sementara, Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, petugas pilihan raya PAS peringkat kawasan dialu-alukan membantu kempen PN di Tioman dan Padang Serai.

Menurutnya biarpun tiada arahan rasmi, namun sekiranya ada petugas pilihan raya yang berminat membantu sangat dialu-alukan kerana keringat mereka diperlukan.

“Atas dasar tanggungjawab dalam perjuangan, petugas pilihan raya dari Kelantan dialu-alukan turun padang membantu kempen calon PN.

“Orang Kelantan terkenal dengan semangat kental dalam politik, sebut sahaja pilihan raya mereka sedia menggalas tanggungjawab bagi memastikan kemenangan calon kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/12/2022

- Advertisement -