Laporan portal Negara Merdeka jahat dan palsu

Tuduh Pemuda PAS akan buat huru-hara dan mengugut polis

- Advertisement -

SAYA ingin menyatakan bahawa laporan yang dibuat portal negaramerdeka.com Negara Merdeka ini adalah berniat jahat dan palsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya mengancam menghuru harakan negara.

- Advertisement -

Saya menggesa portal negaramerdeka.com menarik laporan jahat yang dibuat dan memohon maaf. Menjatuhkan imej Pemuda PAS dan saya selaku ahli politik. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal negaramerdeka.com sekiranya tidak menarik balik dan memohon maaf.

PAS selama ditubuhkan tidak pernah menghuru harakan negara bahkan sehingga hari ini patuh pada undang-undang serta menjunjung Perlembagaan.

Jelaslah usaha portal negaramerdeka.com yang Pro Kerajaan Campuran PH + BN ini adalah menakut-nakutkan rakyat. Ratusan himpunan telah dibuat sebelum ini oleh PAS dalam keadaan aman dan mematuhi undang-undang. Siapakah yang membuat himpunan yang menghuru harakan negara?

Apatah lagi menuduh saya mengugut PDRM, Alangkah lucunya. Tiada satu patah ayat saya mengugut PDRM.

Apa yang saya sebutkan adalah pada Kerajaan Campuran PH + BN, sekiranya berterus tidak fokus menyelesaikan masalah rakyat tetapi sibuk mengganggu pimpinan PAS dengan persepsi jahat. Kami akan melaksanakan bantahan besar-besaran. Jelas Kerajaan Campuran PH + BN tidak fokus isu rakyat, sebaliknya sibuk untuk menekan mereka yang tidak sehaluan.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 1/12/2022 

- Advertisement -