Borang keahlian PAS kehabisan stok

Wan Roslan (tengah) ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Teakwando Negeri Kelantan. (FOTO: HARAKAHDAILY/Rizal Tahir)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Kelantan mencadangkan setiap PAS kawasan di negeri itu menyediakan kaunter khas untuk memudahkan orang ramai mendaftarkan sebagai ahli PAS.

- Advertisement -

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah itu perlu diadakan memandangkan semakin ramai berminat untuk menyertai PAS sekarang ini. 

“Perkembangan yang membanggakan apabila sebahagian besar golongan terbabit merupakan anak-anak muda yang berminat mendaftar sebagai ahli PAS.

“Situasi semakin menjadi-jadi terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Teakwando Negeri Kelantan yang diketuai Setiausaha Kehormat, Suraj Naidu.

Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, banyak tempat kehabisan borang permohonan keahlian PAS kerana ramai penyokong Umno kecewa parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP.

Menurutnya tindakan pemimpin Umno tidak boleh diterima penyokong parti itu di peringkat akar umbi sehingga ramai mengambil langkah menyertai parti lain. 

“Berdasar maklumat PAS Pusat, dalam tempoh tiga hari sebanyak 500 borang keahlian baru PAS diterima. Situasi itu juga berlaku di Parlimen Tumpat dan kawasan lain di Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2022

- Advertisement -