‘Bom surat’ meletup dalam kedutaan Ukraine di Madrid

Pasukan polis Sepanyol dimaklumkan mengenai letupan di kedutaan Ukraine di Madrid pada kira-kira jam 1 tengah hari. (1200 GMT) 30 Nov 2022. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

MADRID: Seorang pengawal keselamatan di kedutaan Ukraine di Madrid cedera ringan ketika membuka  surat berisi bom  yang dialamatkan kepada duta Ukraine, mendorong Kyiv meningkatkan keselamatan di kedutaannya di negara itu.

- Advertisement -

Wakil kerajaan pusat di Madrid, Mercedes Gonzalez dalam kenyataannya berkata, surat itu, yang tiba melalui pos biasa tiba-tiba meletup pada awal petang Rabu (30 Nov) waktu tempatan ketika pengawal keselamatan tersebut membukanya di kawasan taman di dalam kedutaan berkenaan, lapor AFP.

Sementara dalam kenyataan lain, Duta Besar Ukraine ke Sepanyol, Serhii Pohoreltsev berkata mangsa telah  dibenarkan keluar dari hospital  Rabu dan sudah kembali bekerja.

Dalam temu bual dengan televisyen negara Sepanyol, Pohoreltsev kelihatan menyalahkan Rusia sebagai dalang insiden tersebut.

“Kami sangat mengetahui kaedah pengganas negara penceroboh itu (Rusia). Kaedah dan serangan Rusia memerlukan kami bersedia untuk sebarang jenis insiden, provokasi atau serangan,” tegasnya.

Dalam pada itu sumber polis tempatan berkata, pasukan polis Sepanyol dimaklumkan mengenai letupan di kedutaan itu pada kira-kira jam 1 tengah hari (1200 GMT).

Sumber itu juga berkata, pengawal keselamatan yang mengalami cedera ‘ringan’ telah pergi sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Polis telah membuka siasatan yang termasuk penyertaan polis forensik,” kata sumber itu, tanpa memberikan butiran lanjut, namun mengesahkan pihaknya telah meletakkan kodon (kod genetik) keselamatan di sekeliling kedutaan yang terletak di kawasan perumahan di utara Madrid itu.

Seorang lelaki yang tinggal di hadapan kedutaan, yang meminta untuk tidak dikenali, memberitahu AFP bahawa dia telah mendengar bunyi letupan itu.

“Saya fikir ia adalah tembakan. Ia tidak terlalu kuat,” katanya.

Sementara jurucakap kementerian luar Ukraine, Oleg Nikolenko dalam satu kenyataan de media sosial berkata bahawa Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba telah mengarahkan pengukuhan keselamatan di semua kedutaan Ukraine di seluruh dunia. 

“Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares juga telah menghubungi Duta Besar Ukraine ke Sepanyol,  Serhii Pohoreltsev melalui telefon untuk bertanya tentang keadaan pekerja (pengawal keselamatan) Ukraine yang cedera itu,” kata kementerian luar Sepanyol dalam kenyataan berkenaan.

“Albares juga menghubungi Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba melalui telefon untuk menyatakan sokongan dan solidaritinya,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyatan itu lagi, pada sebelah petang Rabu itu, satu penghantaran pos yang mencurigakan yang kedua telah dipintas di ibu pejabat firma peralatan tentera Instalaza di bandar timur laut Zaragoza.

“Pakar melakukan ‘letupan terkawal terhadap item yang dihantar. Penyiasat sedang 

Menganalisi peranti yang telah meletup itu dan memeriksa sama ada ia ada kaitan dengan apa yang berlaku pagi ini di kedutaan Ukraine di Madrid,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2022

- Advertisement -