Tok Guru pembimbing anak muda Malaysia

- Advertisement -

SOSOK tubuh yang tidak pernah kenal erti letih, memenuhi setiap medan dakwah bagi melahirkan pelapis anak muda hingga tidak pernah mengira sempadan negeri untuk beliau hadiri.

- Advertisement -

Kesannya begitu mendalam hingga kesedaran dan kebenaran keadilan Islam terserlah di kalangan anak muda. Anak muda bangkit memberi sokongan, kerana sedar harga dan nilai keikhlasan pada perjuangan Tok Guru memperjuangkan Melayu dan Islam.

Hari ini batang tubuh inspirasi keikhlasan ini dihina, ditohmah dan difitnah. Ancaman dan ugutan dilemparkan bermacam cara, report polis dibuat bagi membebani Tok Guru dengan pelbagai kesibukan. Tok Guru akan hadapi dengan penuh kecekalan. 

Tapi kami…, Kami anak muda memerhati, kami memahami dan mengerti mana kaca yang tamak dengan kuasa dan fitnah, dan mana permata yang ikhlas membimbing generasi Islam. Awas! Jangan sampai kerja kejimu menyusahkan Tok Guru hingga menggugat kesabaran kami. 

Teruslah bersandiwara wahai musuh, anak muda benteng Melayu Islam pasti ada menjaga agama suci ini. Wahai anak muda, teruslah berjuang untuk agama dan bangsa! Pertahankan Kepimpinan Ulamak! Lambakan posting di semua segmen media sosial. Pengkhianat pasti akan jatuh ke tanah jua. 

Bermunajatlah kepada TuhanMu! Dia penjaga yang paling Agung!

MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 30/11/2022

- Advertisement -