Siasat juga kaitan pimpinan PH dengan pihak Israel

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Terengganu mengambil maklum siasatan berkenaan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Perdana Menteri ke-10 sebagai ejen Israel oleh Polis Bukit Aman walaupun telah diperintahkan untuk menukarkannya kepada menyiasat MP Baling atas tuduhan yang sama. 

- Advertisement -

Mungkin kerana tiada bukti kukuh yang diperolehi kerana ianya berbentuk fitnah yang sengaja direka oleh Ketua Penerangan PKR.

Kita juga mengalukan siasatan terbuka kepada Tuan Guru Presiden PAS seperti yang telah diucapkan oleh beliau apabila diajukan persoalan oleh wartawan berkenaan isu ini.

Di samping itu, Pemuda PAS Terengganu juga mendesak pihak berkuasa menyiasat beberapa perkara yang mengaitkan PH dan Israel sebelum ini. Antaranya adalah:

1. Kenyataan DSAI ketika ditemu ramah oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 yang menyatakan 

“I support all effort to protect the security of the state of israel,” 

“Saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan Negara Israel”

https://www.wsj.com/articles/SB10001424052970203363504577184631682335306

2. Dana IRI (International Republican Institute)- sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang telah diterima oleh pimpinan PH untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu kerana ia adalah kerja jahat dan melanggar kedaulatan negara Malaysia.

3. Begitu juga ramalan daripada gereja besar Israel untuk penyokong PH pada PRU. 

Tidak mungkin kesemua perkara di atas berlaku secara spontan melainkan sudah ada kerjasama dan hubungan yang erat antara negara Israel dan pimpinan PH di Malaysia. 

Kita memohon pihak berkuasa mengambil tindakkan sewajarnya kepada mereka yang bersalah dalam menggadai kedaulatan negara kepada kuasa asing.

Daulat Pertiwiku, Selamatkanlah Malaysia.

MOHD HARUN ESA 
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 30/11/2022

- Advertisement -