Lebih 20,000 tawaran pekerjaan di Terengganu

Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Lebih 20,000 pekerjaan ditawarkan di negeri Terengganu dalam pelbagai bidang.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata tawaran tersebut meliputi pelbagai sektor antaranya pembinaan, pentadbiran dan sebagainya.

Katanya, sektor pembinaan adalah sebanyak 2,000, pentadbiran pula dianggarkan 4,000 serta lain-lain lagi tawaran.

“Segala maklumat mengenai pekerjaan yang ditawarkan tersebut boleh diperolehi melalui internet dan portal kerajaan negeri.

“Dalam bidang pertanian terdapat hanya 639 orang sahaja yang telah mengisi tawaran daripada lebih 2,000 kerja yang ditawarkan bermula daripada tahun 2019,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (Bajet), Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tambah Tengku Hassan, rakyat Terengganu perlu mengambil cakna terhadap penggunaan internet supaya mendapat maklumat yang penting mengenai pekerjaan, bantuan kerajaan dan sebagainya.

Beliau berharap, agar masalah pengangguran di negeri ini dapat diatasi dengan pelbagai tawaran yang disediakan kepada rakyat Terengganu. – TRDI.my

- Advertisement -