Audio tuduhan ejen Israel adalah fitnah – MP Baling

- Advertisement -

SAYA mengambil maklum berhubung audio fitnah yang secara jelas mengaitkan saya dengan Perdana Menteri ke-10.

- Advertisement -

Audio berkenaan menggunakan gambar saya sebagai latar belakang telah mengaitkan Perdana Menteri ke-10 dengan Israel dan dikesan tular sejak 27 November lalu.

Kesan penyebaran audio dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.

Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam audio berkenaan.

Saya juga memohon semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mudah mempercayai apa-apa berita atau maklumat.

YB USTAZ HASSAN SAAD
Ahli Parlimen Baling – HARAKAHDAILY 30/11/2022

- Advertisement -