Akhirnya Zahid sahkan penipuan ‘No Anwar, No DAP’

- Advertisement -

SEMUA itu adalah untuk hadapi PRU ke-15, itulah jawapan Zahid yang disiarkan kebanyakan portal berita tanah air sejak 29 November, antara respon Zahid selepas didesak banyak pihak tindakannya menyokong dan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri apabila BN kalah teruk dalam sejarah mereka.

- Advertisement -

Maka benarlah dakwaan banyak pihak Zahid berbohong dan menipu besar di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun lalu sebagai Presiden Umno. Strategi politik berbeza dengan penipuan atau tindakan terdesak yang terpaksa dia lakukan.

Jika itu hanya helah, bagaimana pula jika BN menang besar? Helah pula jangan libatkan cakap lain buat lain di hadapan perwakilan dan penyokong. Apatah lagi pengkhianatan ini dirasai oleh semua ahli dan penyokong akar umbi.

Ucapan atas nama Presiden pada dasarnya diyakini oleh penyokong dan ahli. Adapun muslihat bukan medan atas pentas PAU, jika inilah amalan seorang Presiden Umno ada ada, tidak hairanlah parti komponen BN sendiri mendesak Zahid meletak jawatan sebagai Pengerusi BN.

Helah, strategi juga berbeza dengan kantoi dan tindakan terdesak seseorang menyelamatkan dirinya sendiri lebih kepentingan parti yang diwakilinya. Jika bukan kerana berpuluh-puluh pertuduhan rasuah yang mengganggu fikiran seharian hidupnya.

Zahid langsung tidak memikirkan apa yang dihadapi oleh golongan di kampung-kampung, mereka tercengang dengan tindakan Zahid menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan selepas hadapi tsunami penolakan terhadap Umno.

Kesan tindakan Zahid menipu telah mengundang desakan bertalu-talu dari dalam Umno dan BN agar melepaskan segera jawatan Presiden Umno dan Pengerusi BN sebagai balasan kekalahan teruk BN dan menamakan Anwar Ibrahim serta kerjasama dengan PH.

NARAZA MUDA – HARAKAHDAILY 30/11/2022

- Advertisement -