Putar belit Saarani tutup pengkhianatan

- Advertisement -

PERHATIKAN dongeng temberang Saarani Menteri Besar Perak kerajaan Pakatan Harapan Nasional. Ketika bentuk kerajaan dia kata tiada tawaran. Lepas itu dia kata bodohlah kalau tolak tawaran dan terkini kononnya ADUN Umno nak dicuri.

- Advertisement -

Berpandukan kenyataan yang bercanggah, ternyata Saarani dalam tekanan menerima asakan pengkhianat dari ahli sendiri. Beliau cuba sedaya mungkin merasionalkan kepentingan tembolok dan perutnya kepada kepentingan Umno. Dalam masa sama meletakkan kesalahan kepada PN. 

Tuduhan terkini kononnya ADUN nak dicuri adalah paling lawak. Apakah beliau pula tidak dituduh melarikan ADUN Umno kepada DAP? Kalaupun terdesak, janganlah membuat fitnah. 

Tidakkah beliau secara terbuka menyebut takut dituduh bodoh jika tolak jawatan Menteri Besar? Mengapa beliau tidak bertanya ahli di Lenggong adakah beliau bodoh atau cerdik menerima jawatan Menteri Besar?

Malangnya Saarani lupa bahawa catatan maya tidak mati. Saya himpunkan lampiran media mengenai jawapan tidak konsisten Saarani. Pastinya ada yang akan menafsirkan kononnya kenyataan bercanggah ini adalah hasil kefahaman beliau. Penjilat pastinya tidak segan silu kerana ada tembolok yang mahu diisi. 

Rakyat Perak pastinya melihat dengan kemarahan putar belit seorang Menteri Besar. Pastinya,ahli Umno juga terpaksa bersabar. Memilih meninggalkan parti atau menunggu pemilihan untuk mengajar pengkhianat perjuangan.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 29/11/2022

- Advertisement -