Hampir seluruh Itali berisiko banjir, tanah runtuh

- Advertisement -

ROME: Ketua agensi perlindungan awam kebangsaan mendedahkan bahawa lebih daripada 90 peratus majlis perbandaran Itali terdedah kepada kejadian tanah runtuh atau bencana alam lain.

- Advertisement -

“94 peratus majlis perbandaran berisiko banjir, tanah runtuh dan hakisan pantai. Seluruh Itali berisiko,” kata Fabrizio Curcio kepada akhbar La Stampa.

Curcio berkata demikian selepas banjir lumpur memusnahkan pulau percutian Itali selatan, Ischia, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Ischia berisiko lebih besar kerana banyak rumah dibina secara haram, tetapi menegaskan bahawa kawasan lain Itali yang kes melanggar perancangan tanah lebih sedikit juga terdedah menghadapi bencana alam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk seorang bayi yang baru lahir dan dua kanak-kanak, terbunuh di pulau percutian Ischia selepas tanah runtuh akibat hujan lebat memusnahkan sebuah bandar kecil.

Pengawas Naples, Claudio Palomba, berkata lima orang masih hilang, manakala berpuluh-puluh pekerja kecemasan bergegas ke pulau itu dan penyelam menyelamat mencari perairan di luar pantai. – REUTERS

- Advertisement -