1,000 pelajar sertai Temasya Sukan PASTI Ke-31

- Advertisement -

SANDAKAN: Sebanyak 16 PASTI di sini menyertai Temasya Sukaneka PASTI Ke- 31 di Kompleks Sukan Sandakan, kelmarin.

- Advertisement -

Temasya penuh warna-warni itu melibatkan hampir 1,000 pelajar yang mengambil bahagian dalam sembilan acara yang dipertandingkan. Ini termasuk lari 4 x 50 meter, lari ikat kaki, perbarisan, pakaian unik, sepanduk tercantik, isi air dalam botol dan getah berpindah.

Menariknya tahun ini, sukaneka tersebut membawa tema buah-buahan tempatan yang membolehkan pelajar mengenal jenis-jenis buah-buahan tempatan di negara ini.

Menurut Pengarah Sukaneka, Sukriadi Osman, temasya tahun ini diadakan selepas dua tahun PASTI tidak melaksanakannya.

“Temasya ini juga adalah medan untuk kita menanamkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan pelajar serta dapat mengeratkan ukhuwah antara warga PASTI.

Berucap ketika merasmikan temasya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid yang menyentuh sejarah penubuhan PASTI di Sandakan.

Menurutnya, langkah awal menubuhkan PAS di Sabah adalah dengan mewujudkan PASTI di negeri ini sejak tahun 1989 sehinggal berkembang pada tahun ini.

“PASTI akan terus diperkasakan walaupun PAS tidak menerajui kuasa pemerintahan sekali pun,” katanya.

Temasya kali ini menobatkan PASTI Abdul Rahman Bin Auf, Taman Rimba sebagai juara keseluruhan, sementara naib juara dan tempat ketiga masing-masing dirangkul oleh PASTI Ubay Bin Ka’ab, Taman Permata dan PASTI Ammar Bin Yasir, Kampung Gum-Gum. – HARAKAHDAILY 29/11/2022

- Advertisement -