PN bertindak proaktif di negeri ditadbir PH-BN

- Advertisement -

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) akan menjadi pembangkang yang membina di negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, wakil rakyat PAS dan PN akan melaksanakan tugas sebagai ‘chek and balance’ kepada kerajaan.

“Kita akan bertindak ‘check and balance’ kepada kerajaan dan kita akan monitor semua perbelanjaan termasuk polisi yang akan dibentang di parlimen nanti,” katanya ketika ditemui selepas jamuan rakyat di parlimen Kubang Kerian hari ini.

Sebelum ini PN memutuskan tidak akan menyertai kerajaan campuran yang disertai BN dan PH di peringkat Persekutuan bagi mempertahankan prinsip perjuangan menolak PH.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, PN mendapat mendapat sokongan pengundi Melayu Islam 54 peratus jauh lebih tinggi berbanding BN (33 peratus) dan PH (11 peratus).

Langkah PN tidak menyertai kerajaan campuran PH-BN juga sebagai menghormati majoriti pengundi Melayu menolak PH dan BN.

Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian dan Adun Cheka, Pahang berkata, pentadbiran Perdana Menteri baharu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dinilai dan disemak bagi kebaikan rakyat. – HARAKAHDAILY 28/11/2022

- Advertisement -