Azman yakin PN bakal tambah satu kerusi parlimen

Azman bersama bekas ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail di pasar malam Kelang Lama, Lunas.
- Advertisement -

PENDANG SERAI: Calon Parlimen Padang Serai, Dato’ Azman Nasrudin yakin PERIKATAN NASIONAL dapat menambah kemenangan satu lagi kerusi melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kawasan itu pada 7 November.

- Advertisement -

Katanya, rakyat Kedah telah menyatakan pendiriannya untuk mengundi perikatan nasional dan akan menjadikan negeri itu mempunyai 14 kerusi parlimen.

Beliau yakin PERIKATAN NASIONAL berpeluang lebih cerah untuk menambah kerusi parlimen apabila akan berlaku protes besar-besaran daripada pengundi-pengundi Umno dan juga pengundi Cina yang tidak mahu dengan kluster mahkamah.

“Penyokong-penyokong Umno macam mana adakah mahu mengundi Pakatan Harapan. Adakah penyokong Pakatan Harapan, mahu bersama dengan kluster mahkamah,” katanya ketika ditemui di pasar malam di Kelang Lama, Lunas, petang semalam. 

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah menegaskan, PERIKATAN NASIONAL masuk bertanding hendak menang dan parti gabungan itu buat kerja hendak menang besar.

Menyentuh calon PH dan BN yang bertelagah sesama sendiri supaya menarik diri daripada bertanding pada PRU15 Parlimen Padang Serai, katanya: “sama-sama tarik diri, itu lebih baik”.

Ini kerana kedua-dua parti itu telah membentuk Kerajaan Pusat.

Calon BN, Sivarraajh (BN) berkata calon Mohamad Sofee (PH) yang sepatutnya memberi peluang kepada BN untuk bertanding di Padang Serai.

Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Padang Seri berlaku pertembungan enam penjuru antara Azman (PN); Sivarraajh (BN); Hamzah Abdul Rahman (Pejuang); Bakri Hashim (Warisan); Sreanandha Rao (Bebas) dan Mohamad Sofee (PH).

Pengundian bagi PRU15 Parlimen Padang Serai diadakan 7 Disember ini susulan kematian calon PH pada 19 November lalu. – HARAKAHDAILY 28/11/2022

- Advertisement -