Kelantan cuti umum esok

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub turut mengumumkan cuti umum di negeri itu esok (Isnin) selaras cuti seperti diisytihar perdana menteri baharu.

- Advertisement -

Pekeliling cuti berkenaan selaras dengan cuti umum yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Pengisytiharan Cuti Umum pada 28 November 2022 (Isnin) bagi seluruh negeri Kelantan,” ujarnya pada cacatan di Facebook hari ini.

Anwar Khamis lalu mengisytiharkan cuti berkenaan dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri di Sungai Long Golf and Country Club. – HARAKAHDAILY 27/11/2022

- Advertisement -