PAS tidak sertai K’jaan Pusat, jadi pembangkang konstruktif

SETELAH membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan DAP, demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan PERIKATAN NASIONAL dalam PRU-15.

Advertisement

Justeru PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Malaysia Sejahtera”

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 26 November 2022 HARAKAHDAILY 26/11/2022