Menang, kalah program tarbiah tidak boleh tinggal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Program tarbiah tidak boleh ditinggalkan sama ada menang atau kalah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad.

- Advertisement -

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata tarbiah adalah kekuatan kepada PAS yang boleh bertahan selama 71 tahun.

“Menang ke kalah, program tarbiah tak boleh kita tinggal. Inilah kekuatan PAS yang boleh bertahan selama 71 tahun,” ujarnya.

Beliau menambah, program tarbiah ditanam dengan kefahaman Islam dan semangat bekerja di dalam jamaah.

Pada jam 9.30 malam tadi, beliau hadir dalam Liqa PAS Kawasan Bagan Serai yang merupakan program yang diadakan setiap Jumaat minggu keempat.

“Setelah beberpa hari terpaksa selesaikan urusan di Kuala Lumpur, hari ni saya balik ke kawasan saya di Bagan Serai,” katanya.

Susulan itu, sejak jam 10.00 pagi, Ustaz Idris sempat menyantuni penduduk kampung yang terlantar sakit, fakir miskin dan asnaf di Kampung Dew.

“Kemudian saya ke Kuala Gula melihat permasalahan yang dihadapi masyarakat di sini seperti penduduk yang tiada geran tanah dan kawasan potensi pelancongan yang terbiar tidak dibangunkan, insya-Allah kita cuba cari solusi terbaik,” katanya. (Foto atas)

Antara aktiviti semalam ialah mengmami solat jenazah d Masjid Tinggi, menunaikan solat Jumaat di Masjid Alor Pongsu, pada waktu Asar d Masjid Matang Gerdu seterusnya Maghrib dan Isyak di Masjid Taqwa Taman Serai Maju.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu lalu, beliau yang memperolehi 33,753 undi berjaya memenangi kerusi Parlimen Bagan Serai dengan majoriti 18,551 undi.

Ustaz Idris menewaskan saingan daripada Barisan Nasional, Zul Helmi Ghazali yang mendapat 15,202 undi, Siti Aishah Shaik Ismail (PH – 13,195) dan Ahmad Luqman (Pejuang – 383). – HARAKAHDAILY 26/11/2022

- Advertisement -