Isu rumah generasi kedua perlu diselesaikan

- Advertisement -

ANAK muda sekarang bijak, terdedah kepada informasi yang banyak. Cuma mereka perlu memilih. Kepada calon-calon yang terpilih sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, perlu memberi perkhidmatan yang terbaik. Jika tidak, pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti, mereka mungkin bertindak sebaliknya. Wawancara Pengarang Harakah SAIDAH HAIRAN bersama ADUN Kuala Sentul, DATO’ JASRI JAMALUDIN sehari selepas beliau dipilih menjadi ADUN.

- Advertisement -

HARAKAH: Tahniah Dato’ dapat menawan DUN Kuala Sentul yang selama ini menjadi kubu Umno/BN. Bila diumumkan menang, apa perkara utama yang akan Dato’ lakukan? 

DATO’ JASRI JAMALUDIN: Setelah saya diisytiharkan sebagai Adun Kuala Sentul yang baru, saya gambarkan yang masyarakat di DUN Kuala Sentul ini mempunyai isu-isu yang perlu diselesaikan iaitu isu perumahan (tempatan) terutama sekali untuk generasi kedua. Kita sudah ada satu projek perumahan untuk generasi kedua ini di Jengka 1.

Jengka 1 termasuk dalam DUN Kuala Sentul. Projek ini mula dibina sejak Pilihan Raya Umum ke-13. Sekarang sudah PRU15, sudah tiga kali PRU tapi masih lagi tidak siap. Ini antara isu yang mendesak untuk generasi kedua di Kuala Sentul.

Apa yang berlaku, anak peneroka pertama yang tinggal di sini terpaksa berkongsi duduk bersama ibu bapa. Kalau dua orang anak boleh lagi tetapi kalau tujuh ke lapan orang memang menghadapi masalah besar. Jadi, memang terdesak sangat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan ini disediakan rumah. Inilah fokus utama saya yang perlu diambil perhatian untuk diselesaikan.

Di Kuala Sentul ini ada lapan pusat daerah mengundi, enam adalah Felda, dua kampung tradisional.

Enam Felda, adakah Dato’ mendapat sokongan penuh daripada mereka?

Enam kawasan Felda ini memang pengundi kita yang paling besar. Kebanyakan Felda ini daripada Jengka 1 sampai Jengka 5. Felda Hulu Jempol ada satu. Dua tempat kurang pergerakan daripada pihak kita. Jadi di kawasan itu, saya bagi tumpuan lebih untuk menggerakkan jentera parti. Alhamdulillah dapat membantu kita mendapat undi. – HARAKAHDAILY 26/11/2022

Wawancara penuh dalam Harakah Cetak edisi 2803.

- Advertisement -