Takziah buat keluarga Almarhum Dr Sidek Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum Dr Sidek Baba yang meninggal dunia, hari ini.

- Advertisement -

“Saya penuh rasa hiba merakamkan takziah buat seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum Dr Sidek Baba yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar Maghrib tadi,” ujar Timbalan Presiden PAS itu menerusi Facebook beliau, malam ini.

Katanya, Allahyarham merupakan tokoh pendidik, pendakwah dan pemikir yang disegani di Malaysia.

“Marilah kita menadah tangan memohon keampunan, kerahmatan, kasih sayang Allah buat Almarhum. Semoga Allah menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” ujarnya lagi.

Kematian bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu dan tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Sidek Baba, meninggal dunia sebentar tadi dikongsi anak Allahyarham, Izzuddin menerusi laman Facebooknya.

Beliau memaklumkan bapanya itu yang mesra dengan panggilan Cikgu Sidek telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika waktu Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.

Menurutnya, Allahyarham mengalami sakit jantung dan komplikasi buah pinggang sejak tiga bulan lalu. – HARAKAHDAILY 25/11/2022

- Advertisement -