PN umum calon DUN Tioman hari ini

Andansura Rabu
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman diumumkan, hari ini.

- Advertisement -

Ia bagi menggantikan calon PERIKATAN NASIONAL sebelum ini, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia pada pagi Sabtu lalu akibat komplikasi jantung, lapor portal bersatu.org, semalam.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu pengumuman tersebut akan diadakan di Rompin.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Beserah pada PRU15 Sabtu lalu berkata, calon yang dipilih daripada PAS itu adalah anak tempatan.

“Kita sudah putus calon baharu dan pengumuman untuk memperkenalkan calon akan dibuat esok (hari ini).

“Calon adalah orang tempatan di kawasan itu dan pengundi di DUN Tioman sudah biasa dengan penduduk tempatan,” katanya.

Susulan Md Yunus meninggal dunia, pengundian di DUN Tioman pada 19 Novermver lalu ditangguhkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi DUN Tioman pada 24 November (esok).

SPR juga mengumumkan hari mengundi akan diadakan pada 7 Disember depan sementara pengundian awal 3 Disember.

Selain allahyarham Md Yunus, calon yang disahkan bertanding di DUN Tioman ialah Sulaiman Bakar (Bebas); Osman Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Datuk Seri Mohd Johari (BN).

Pada PRU15, PN Pahang memperoleh 17 kerusi DUN), BN (16) dan Pakatan Harapan (8). – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -