Nor ldayu calon PERIKATAN NASIONAL DUN Tioman

- Advertisement -

KUANTAN: PERIKATAN NASIONAL (PN) akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman dengan mengekalkan calon daripada PAS.

- Advertisement -

Pengerusi PN negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah berkata beliau telah menerima surat daripada Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar mengenai calon yang dimaksudkan itu.

“Calon yang dipilih ialah Puan Nor ldayu binti Hashim, 35 tahun. Beliau dipilih dari kalangan pimpinan akar umbi bagi mewakili suara wanita di dalam DUN Pahang,” ujarnya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya lagi, Nor Idayu adalah muslimat dalam kalangan pemimpin wanita tempatan dan orang muda yang berupaya menyelami isi hati akar umbi.

Pengundian di DUN Tioman pada 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada Sabtu lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi DUN Tioman, esok manakala hari mengundi pada 7 Disember depan sementara pengundian awal pula 3 Disember.

Calon yang telah disahkan bertanding di DUN Tioman ialah Sulaiman Bakar (Bebas); Osman Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Datuk Seri Mohd Johari (BN).

Pada PRU15 yang berlangsung Sabtu lalu, PN Pahang memperoleh 17 kerusi DUN), BN (16) dan Pakatan Harapan (8). – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -