Tekanan pentadbiran Biden: WHO rancang tukar nama monkeypox

Imej tidak bertarikh menunjukkan mikrograf elektron penghantaran berwarna bagi zarah cacar monyet (hijau) yang ditemui dalam sel yang dijangkiti (merah jambu dan ungu), yang dibiakkan di makmal. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merancang untuk menamakan semula penyakit monkeypox (atau cacar monyet) kepada MPOX dalam usaha untuk menghapsukan stigma virus yang mula dikesan di Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

- Advertisement -

Keputusan itu, yang dijangka diumumkan seawal hari Rabu datang sebagai tindak balas kepada tekanan yang semakin meningkat daripada pegawai kanan Biden, yang secara peribadi menggesa pemimpin WHO menukar nama itu, lapor Politico.

Ia juga sebagai tindak balas kepada tekanan yang semakin meningkat daripada pegawai kanan Biden, yang secara peribadi menggesa pemimpin WHO menukar nama dan mencadangkan AS akan bertindak secara unilateral jika badan antarabangsa itu tidak membuat tindakan  dengan cepat.

WHO secara tradisinya bertindak sebagai penyelaras global dalam isu kesihatan awam, termasuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan antarabangsa dan mengesyorkan nama untuk penyakit yang kemudiannya diterima pakai oleh setiap negara.

Namun pentadbiran Biden selama sejak beberapa bulan lalu bimbang bahawa nama virus itu semakin menjadi stigma – terutamanya dalam  kalangan orang kulit berwarna – dan pergerakan perlahan ke arah petunjuk baharu telah menghalang kempen vaksinasi yang dimulakan pada musim panas.

WHO tidak segera menjawab permintaan untuk komen dan Rumah Putih juga enggan mengulas mengenai perkara itu, lapor Politico lagi.

Pakar kesihatan awam dan aktivis lesbian, gay, biseksualm transgender, pelik (LGBT+) juga menggesa untuk menukar  nama virus berkenaan  yang diguna pakai selepas penemuannya pada tahun 1958, sejak ia mula merebak secara meluas di AS pada musim bunga lalu. 

Mereka berhujah bahawa memanggilnya cacar monyet adalah tidak tepat, memainkan stereotaip perkauman tentang Afrika dan memudaratkan tindak balas global.

“Dalam konteks wabak global semasa, rujukan berterusan, dan tatanama virus ini sebagai Afrika bukan sahaja tidak tepat tetapi juga mendiskriminasi dan mencemarkan,” tulis sekumpulan saintis dalam satu kenyataan bersama yang diterbitkan pada bulan Jun.

Virus yang tidak lama lagi dikenali sebagai MPOX itu  mula merebak dengan cepat di AS pada bulan Mei tahun ini, menyebabkan pegawai kesihatan mendorong desakan seluruh negara untuk mengawal wabak itu.

Rumah Putih pada bulan Ogos mengambil alih pengurusan tindak balas, melantik sepasang penyelaras tindak balas terhadap penyakit berkenaan.

AS telah merekodkan hampir 30,000 jangkitan semasa wabak itu, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, dengan virus itu sangat menjejaskan komuniti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Namun, dibantu oleh desakan vaksinasi kerajaan, krisis awal nampaknya telah reda, dengan kes baharu menurun secara mendadak daripada paras tertinggi – lebih daripada 400 sehari sepanjang musim panas kepada terutama dalam kalangan remaja sepanjang minggu lalu. – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -