Satu lagi SD sokong Muhyiddin dihantar ke Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti PERIKATAN NASIONAL telah menerima satu Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memaklumkan perkara itu dalam kenyataan, sebentar tadi.

“Surat akuan berkanun ini telah dihantar ke lstana Negara pagi ini,” ujarnya.

Semalam, beliau memaklumkan PERIKATAN NASIONAL telah mengemukakan SD daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung 19 November lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti PERIKATAN NASIONAL (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta dua calon Bebas.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi. – HARAKAHDAILY 22/11/2022

- Advertisement -