Kenyataan Muhyiddin selepas menghadap Agong

PN tegas tolak cadangan Kerajaan Perpaduan bersama PH

- Advertisement -

TADI saya telah pun pergi menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 4:30 bersama dengan YB Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

- Advertisement -

Di situ kami telahpun dimaklumkan oleh Tuanku tentang perkembangan mutakhir berhubung dengan status penubuhan kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum yang ke-15 ini.

Saya nak menjelaskan bahawa semalam kita telah pun pergi menyerahkan ini secara online dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak Istana Negara. 

Iaitu untuk membuktikan bahawa kami daripada PERIKATAN NASIONAL dengan gabungan banyak parti-parti dan Ahli-ahli Parlimen parti yang lain berjumlah 115 dengan SD disokong, dikemukakan kepada pihak istana negara. 

Dan di sini telah pun ada surat akuan penerimaan daripada Dato’ Nazim bin Mohd Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, mengesahkan menerima dokumen ini.

Saya nak menunjukkan bukti bahawa waktu saya menyerahkan ataupun kami menghantarnya menerusi e-mel, ini bukti bahawa kami waktu kita serah mempunyai sejumlah bilangan Ahli Parlimen melebihi daripada 112. Ya melebihi daripada 112 yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara.

Jadi sebab itu kami yakin kami sewajarnya boleh membentuk kerajaan. Tapi maklumlah bila saya menghadap tadi ada dikatakan yang ni tidak mencukupi. Saya tidak tahu apakah sebab-sebab di sebalik itu, tapi buktinya ada di sini. Itu satu. 

Jadi selepas itu kerana dikatakan tidak ada satupun yang mempunyai jumlah bilangan yang mencukupi, Tuanku mencadangkan supaya kita bekerjasama dengan PH Pakatan Harapan untuk membentuk Unity Government, atau Kerajaan Perpaduan, tak apalah. 

Tetapi kami telah membincang perkara itu sejak awal lagi, kami tidak akan bekerjasama dengan PH, Pakatan Harapan. Itu pendirian parti kita sejak dulu sampai ke hari ini. Atas tujuan apa sekalipun unity ke apa semua sekali kita putus kita tak bersetuju (dengan PH).

Jadi tadi saya diminta untuk menandatangani dokumen yang minta supaya kalau kami bersetuju. Saya signed tapi jawab atas tidak bersetuju. Tuan Guru pun ada sama memang kita dah sepakat atas sebab-sebab yang kita tahu kenapa kita tak boleh bersama dengan PH. Ya ini umum orang tahu apa sebabnya.

And that as a stand that we have taken … jadi itu saja yang saya nak maklumkan.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) – HARAKAHDAILY 22/11/2022

(bercakap kepada media di kediaman beliau di Damansara selepas pulang dari menghadap Agong)

- Advertisement -