PM10: PERIKATAN NASIONAL telah kemuka surat akuan berkanun

Dato’ Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti PERIKATAN NASIONAL telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyatakan perkara itu dalam kenyataan dua perenggan, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung 19 November lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti PERIKATAN NASIONAL (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta dua calon Bebas.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi. – HARAKAHDAILY 21/11/2022

- Advertisement -