UMMAH, 200 NGO Islam ucap tahniah kepada PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan tahniah kepada gabungan parti PERIKATAN NASIONAL (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah memenangi kerusi Melayu Islam terbanyak dan mampu membentuk kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, UMMAH juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi muda yang bijak membuat keputusan gabungan parti mana yang mampu mendaulatkan dan menjaga agama, bangsa dan negara serta bersih daripada rasuah dan mempuyai kepimpinan yang berwibawa.

“UMMAH berdoa agar penyatuan ummah gabungan parti Melayu Islam, Bersatu, PAS dan Umno terus dapat diperkasakan bersama gabungan PERIKATAN NASIONAL membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam, PERIKATAN NASIONAL memperolehi 73 kerusi Parlimen.

Keputusan itu tidak melibatkan tiga kawasan Parlimen iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca sementara pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah pula ditangguh ekoran kematian calon PH pada Rabu. – HARAKAHDAILY 20/11/2022

- Advertisement -