PAS catat sejarah raih kemenangan sulung di Melaka

AYER KEROH: PAS Melaka mencipta sejarah dengan kemenangan berkembar di kerusi Parlimen Jasin dan Tangga Batu melalui Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang berakhir semalam.

Advertisement

Dua calon terbabit iaitu Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang bertanding di Jasin dan Bakri Jamaluddin di Tangga Batu meraih kemenangan sulung di Melaka.

Tuan Guru Zulkifli memperoleh 27,893 undi, menang dengan majoriti 322 undi, manakala Bakri mendapat 37,406 undi dan menang dengan majoriti 8,849 undi.

Seorang lagi calon Perikatan Nasional dari Bersatu, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di parlimen Masjid Tanah turut menang dengan majoriti 4411.

Tiga lagi calon Perikatan Nasional yang bertanding di Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka tewas. – HARAKAHDAILY 20/11/2022