UMMAH lapor polis ucapan kontroversi Hew Kuan Yew

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis terhadap penceramah kontroversi dari DAP, Hew Kuan Yew yang menyalakan api sensitiviti agama dan perkauman menerusi ucapan beliau.

- Advertisement -

Setiausaha Agungnya, Idham Lim berkata, ucapan Hew Kuan Yew boleh menganggu ketenteraman awam dan merupakan kempen tidak bertolak semasa Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“Klip video dalam Bahasa kantonis tersebut sedang beredar dalam aplikasi WhatApps dan disediakan terjemahan yang jelas dalam Bahasa melayu.

“Antara kenyataan beliau, ‘Apabila mereka bersatu, kami Cina tak dapat hidup. Bila mereka berpecah belah, itulah masa kita tumbuk mereka sampai mampus.

“Saya percaya kenyataan Hew Kuan Yew ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana kata-kata begini berpotensi untuk mendatangkan kebencian atau penghinaan atau di bawah mana-mana akta lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, realitinya kehidupan pelbagai bangsa di Malaysia sangat baik dan ucapan beliau sangat bahaya dan tersasar dari fakta yang sebenar.

“Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut menyeru kepada seluruh UMMAH negeri dan NGO Islam diseluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kenyataan provokasi dari Hew Kuan Yew tersebut. – HARAKAHDAILY 19 /11/2022

- Advertisement -