Pengundi muda pilih datang mengundi petang

- Advertisement -

PASIR MAS: Kelibat pengundi usia pertengahan antara 40 hingga 59 tahun didapat lebih ramai berbanding saluran lain di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kasa sebelah pagi.

- Advertisement -

Mereka mengundi di saluran 6 dan 7. Manakala saluran pengundi muda agak kurang ramai pada memandangkan ramai memberi komitmen datang pada sebelah petang.

Seorang bapa berkata, anaknya akan datang mengundi pada sebelah petang memandangkan balik lewat malam tadi kerana menyertai konvoi mengibar bendera bersama rakan-rakan.

“Pagi mereka masih lagi mengantuk. Anak saya beritahu ramai kawannya keluar malam tadi membawa bendera terutamanya bulan mengeliling bandar Pasir Mas sehingga ke Gelang Mas.

“Pagi tadi saya bawa seorang lagi anak yang menjadi pengundi kata pertama,” katanya yang tingal di Kampung Banggol.

Pengundi di saluran 7 terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum membuang undi memandangkan ramai yang datang pada sebelah pagi.

Begitu juga saluran 6 ramai yang terpaksa beratur Panjang. Manakala saluran pengundi muda pula mengundi di tingkat atas sekolah berkenaan.

Cuaca pagi tadi di Pasir Mas dan Kota Bharu agak cerah. Sebelah petang agak redup sedikit.

Seorang guru pula berkata, rakyat Kelantan dan beberapa negeri lain akan mengundi sekali lagi tahun hadapan bagi pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula.

“Hari ini macam training kerana tahun hadapan akan mengundi sekali lagi untuk peringkat DUN pula. Biar acap kali sikit mengundi baru mudah faham terutamanya bagi pengundi muda,” katanya.

Di Pasir Mas suasana perang poster kempen agak kurang seimbang apabila hampir kesemuanya didominasi PAS. Poster kempen calon Pakatan Harapan hanya ditemui di beberapa tempat.

Begitu juga petugas PH tidak kelihatan di kawasan sekitar tempat pengundian. Pusat kempen PH terletak jauh dari SK Kasar. Hanya kelihatan pos PAS dan BN di lokasi berkenaan.

Manakala di Kota Bharu, calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuang undi di Maktab Sultan Ismail pada jam 8.15 pagi ditemani isteri, Datin Seri Hariza Yusoff.

Takiyuddin turut mengambil peluang bermesra dengan pengundi sebelum beredar untuk melawat ke pusat pengundian lain.

Sebelum ini Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak membubarkan DUN mengambil kira kesukaran mengundi di musim tengkujuh.

- Advertisement -