Siasat ucapan berbaur perkauman pemimpin PH

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dicemari dengan ucapan berbaur perkauman yang tular dalam sebuah video berdurasi 1.30 minit.

- Advertisement -

Rakaman yang bertajuk ceramah Superman dari Pakatan Harapan (PH) itu dianggap mencetus api perkauman supaya berlaku perbalahan antara agama di negara ini.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, berkata penularan video tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, menjadi sikap pemimpin PH pada saat-saat akhir kempen PRU15 menggunakan isu perkauman sempit dan mengapi-apikan provokasi yang menimbulkan keresahan rakyat.

“Saya berharap rakyat menolak bahan kempen yang berbaur hasutan keagamaan dan perkauman ketika hari pembuangan undi esok (hari ini).

“Kita dapati ada ucapan-ucapan berbentuk provokasi dan juga perkauman daripada pemimpin PH, jadi kita harap rakyat Malaysia jangan lagi mengundi PH kerana inilah sikap mereka sebenar.

“Saya berharap polis mengambil tindakan menyiasat video tersebut, jadi ia tidak sepatutnya berlaku pada hari akhir kempen kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam PRU15,” katanya ketika ditemui, semalam.

Viral video ceramah dipercayai pemimpin PH yang menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam politik orang Melayu Islam iaitu PAS, Umno dan Bersatu, manakala orang Cina bergabung tenaga di bawah parti komponen PH.

“Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah, apabila mereka bersatu kami Cina tidak dapat hidup,” kata pemimpin PH terbabit. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -