Pemilih belum mengundi perlu keluar segera

- Advertisement -

POKOK SENA: Gelombang yang dicetus ketika gerak kerja kempen PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini diharap dapat diterjemahkan di kertas undi hari ini.

- Advertisement -

Calon PN Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, setakat ini sokongan pengundi terutamanya anak-anak muda begitu memberangsangkan.

“Saya berharap momentum terhadap PN yang berlaku sepanjang 14 hari berkempen yang berakhir semalam dapat diterjemahkan di kertas undi hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu beliau dan isteri membuang undi Sekolah Kebangsaan Haji Wahab, Tok Keling kira-kira jam 8.30 pagi.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, sepanjang tempoh berkempen gelombang sokongan terhadap PN dilihat mengatasi parti-parti lain yang bertanding termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya juga keadaan cuaca yang baik hari ini membantu melancarkan proses pengundian.

Beliau juga berharap pengundi yang belum lagi mengundi perlu keluar segera memandang tempoh berbaki semakin suntuk.

Parlimen Pokok Sena menyaksikan pertandingan empat penjuru antara PN, PH, BN dan Warisan.

- Advertisement -