MB saran pengundi keluar mengundi segera

- Advertisement -

TUMPAT: Dengan waktu yang masih berbaki beberapa jam lagi, pengundi disaran keluar mengundi dengan segera bagi bagi menyempurnakan amanah kepada negara.

- Advertisement -

Menteri Besar (MB) Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, rakyat Kelantan perlu menggunakan kesempatan yang ada sekarang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Mengundi ini penting untuk memilih calon bagi mewakili kita dan rakyat di seluruh negara di Dewan Rakyat.

“Di situlah segala dasar dan perancangan kerajaan digubal bagi manfaat rakyat,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut dekat sini hari ini.

Beliau juga berkata, anak-anak muda didapati keluar mengundi agak lewat memandangkan ada dalam kalangan mereka baru sampai di kampung.

Menteri Besar tiba di pusat pengundian pada jam 12.31 tengahari dan keluar dari bilik pengundian tidak lama kemudian.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur memandangkan perjalanan proses pengundian di Kelantan khususnya Tumpat berjalan lancar. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -