85 peratus keluar mengundi di Kapar

- Advertisement -

KAPAR: Peratusan pengundi yang membuang undi di sini agak tinggi kira-kira 85 peratus, kata calon Perikatan Nasional (PN) Kapar, Dr Halimah Ali.

- Advertisement -

Lebih mengejutkan katanya, pengundi muda dan pengundi 18 tahun begitu ramai di saluran-saluran yang disediakan.

“Itu adalah suatu fenomena yang kurang dijangka, orang kata anak-anak muda yang 18 tahun ini tak berapa minat politik dan tak ambil tahu.

“Tapi apa yang saya saksi sendiri, mereka beratur begitu pannjang dan pagi-pagi lagi mereka sudah keluar untuk membuang undi,” katanya ketika ditemui HarakahDaily, dekat Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru, di sini, harini.

Sehubungan itu katanya dalam baki masa yang ada ini, beliau menyeru kepada semua rakyat di negara ini untuk menjalanlan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memilih kerajaan selepas PRU15.

Bagi yang belum keluar mengundi, pastikan ambil peluang itu untuk menunaikan hak sebagai warganegara malaysia yang sah berdaftar.

“Lagi-lagu sekarang tak payah nak pergi SPR nak daftar dan sebagainya,18 tahun ke atas automatik akan daftar sebagai pengundi yang sah,” tambah beliau.

Pada PRU15, Parlimen Kapar menyaksikan tujuh pertembungan parti antaranya calon Pakatan Harapan, Abdullah Sani Abdul Hamid, calon Parti Warisan Sabah, Dato’ Seri Rahim, calon Bebas, Dato’ Seri Sivalingam.

Selain itu, calon Parti Bangsa Malaysia, Dr Daroyah Alwi, calon PN, Dr Halimah Ali, dan calon Parti Pejuang Tanahair, Mohd Pathan Hussin. – HARAKAHDAILY 19 /11/2022

- Advertisement -