Modal lapuk kempen PRU Umno Jabi

- Advertisement -

“PAS dok pandai buat pembangunan. Tak dok pembangunan di Jabi. PAS pandai buat jalan jah. Duk ralit buat jalan dok reti buat benda lain. Buat jalan sebab cepat buleh claim dan mudoh nok baham pitih.”

- Advertisement -

Di samping jalan kampung, jalan pertanian dan jalan perhubungan desa yang kita telah bina, ada banyak lagi projek pembangunan lain.

1. Pembangunan infrastruktur tanaman padi di Skim Pengairan Kerandang Timur, Bukit Jeruk, Padang Lengkuas, Gong Ubi Keling, Gong Telikong, Tempinis dan Kepala Gajah. Baruh padi sudah berubah wajah.

2. Menara telekomunikasi di Kg Kuala Kubang dan Kg Bharu Tok Dor.

3. Baik pulih balai raya di Kg Bahagia dan Gong Pasir.

4. Pembinaan Masjid baru Kg Bukit Tanah.

5. Bina baru sebanyak 24 buah rumah bawah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).

6. Pembinaan 100 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Kg Tempinis yang sudah siap dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

7. Pemulihan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor.

8. Pembangunan Padang Ragut Lindung Kg Oh sebagai Hub Pembangunan Lembu Sado.

9. Cadangan Kompleks Sukan Jabi zaman Umno sebenarnya telah dibatalkan oleh Kerajaan PH akhirnya dapat dibina kembali dengan rundingan dari Kerajaan Negeri pimpinan PAS bersama KBS.

10. Baik pulih lebih 400 buah rumah rakyat dalam tempoh 4 tahun.

11. Menyediakan kemudahan ATM kepada penduduk Jabi.

12. Membina dan menyelenggara pelbagai sistem perparitan, saliran dan longkang.

13. Pelbagai kemudahan untuk rakyat seperti gelanggang sukan, wakaf, pagar kubur, padang ragut rakyat dan lain-lain.

14. Projek bekalan air luar bandar di beberapa kampung.

15. Projek bekalan elektrik Kg Gong Pak Amat. 

16. Projek lampu jalan kampung seluruh DUN Jabi.

17. Menyiapkan R&R Jabi yang terbengkalai.

18. Pembinaan jejantas hadapan SK Jabi.

Apakah pembangunan hanya difahami dengan makna bina bangunan seperti Taman Ilmu Tembila, Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir, Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir, Strawberry Park dan lain-lain. 

Ambe faham pembangunan dengan makna kita bina apa saja projek keperluan rakyat berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan. 

Senarai di atas seimbas lalu pembangunan di Jabi saja. Kalau ada apa-apa yang Umno nak cadangkan bentuk pembangunan yang dicita-citakan, sila maklum.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 18/11/2022