Siti Zailah guna duit poket sendiri bela nasib rakyat

- Advertisement -

MESKIPUN hanya berkhidmat kurang sepenggal sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dianggap berjaya memahat potret di kementerian terbabit.

- Advertisement -

Siti Zailah atau mesra dikenali dengan panggilan Kak Lah sebelum ini berada di barisan pembangkang. Berkhidmat sebagai wakil rakyat di saf pembangkang berdepan cabaran yang gentir.

Sepanjang lebih dua penggal berada di kerusi pembangkang sejak 2008 hingga 2020 beliau tidak menerima sebarang peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh itu beliau terpaksa menggunakan duit poket sendiri bagi membantu rakyat di Rantau Panjang. Namun, beliau juga agak bernasib baik apabila turut dihulur dana daripada kerajaan negeri.

“Namun, saya tetap berusaha keras melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Cuba bayangkan tempoh dua penggal terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membantu rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Dan keadaan itu berubah selepas PAS berada bersama kerajaan Perikatan Nasional mulai Mac 2020.

Peluang berada dalam kerajaan Persekutuan tidak disia-sia. Semasa berada dalam kerajaan Perikatan Nasional 10 projek berimpak tinggi di parlimen Rantau Panjang dilaksanakan bermula pada tahun 2020 hingga 2022.

Ini termasuk projek Pembangunan Sungai Bersepadu Sungai Golok bagi menangani masalah banjir serta meningkatkan keselamatan dengan nilai kos RM1.956 bilion.

Bantuan Wang Ihsan Banjir pula memberi manafaat kepada kira-kira 14,557 mangsa bencana banjir dengan peruntukan RM21.6 juta.

Selain itu membaik pulih sebanyak 281 jalan kampung dengan kos RM2.28 juta dan projek pembinaan 20 telaga tiub melibatkan belanja kira-kira RM400,000.

Selain itu Siti Zailah melaksanakan projek pembinaan tandas awam di Bandar Rantau Panjang bernilai RM50,000, Projek Pemasangan ‘culvert’ di Kedai Lama, Lubok Gong RM190,000. Ia bagi melancarkan sistem saliran sekaligus mengelakkan berlakunya banjir termenung.

Bagi merancakkan ekonomi penduduk Rantau Panjang, Siti Zailah turut melaksanakan Projek Pembinaan Medan Selera di Bandar Rantau Panjang dengan kos RM500,0000.

Usaha untuk menjaga kebajikan rakyat diteruskan dengan membina dan membaikpulih rumah rakyat B40, di mana 137 buah berjaya siap dibina dan dibaikpulih dengan kos RM2.72 juta.

Beliau turut menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas Rantau Panjang dengan geran pengurusan dan pentadbiran tahunan berjumlah RM50,000. Manakala kos penambahbaikannya berjumlah RM100,000.

Tidak ketinggalan, penubuhan Pusat Sokongan Sosial yang berfungsi sebagai pusat penerimaan aduan serta intervensi awal dengan kos RM2 juta.

Siti Zailah merupakan Muslimat PAS pertama dilantik ke jawatan Timbalan Menteri dalam kabinet kerajaan Persekutuan. Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Negara (Senator).

Beliau sebenarnya sudah lama berkhidmat untuk rakyat. Pernah menerajui Dewan Muslimat PAS Malaysia dan sehingga sekarang menerajui Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Kini menjejak usia 59 tahun, mampu melakarkan banyak kejayaan sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memberi bantuan khas kepada pengusaha Taska menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan nilai kos RM12.15 juta yang diluluskan melibatkan 2,623 Taska.

Manakala RM7.26 juta lagi diluluskan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selain itu, kira-kira RM2.5 juta diluluskan bagi penubuhan Taska OKU dan pengoperasian lapan Taska atas inisiatif kerajaan dalam usaha memberi penjagaan dan pengasuhan yang holistik kepada kanak-kanak OKU.

Usaha beliau diteruskan lagi dengan menyalurkan bantuan khas berbentuk dana yang dibayar secara one-off RM300 seorang kepada 150,000 pemohon yang terdiri daripada ibu tunggal di bawah program PENJANA.

Siti Zailah juga melaksanakan sebnyak 523 program kemahiran bermula Januari hingga Ogos 2021 dengan 254,141 wanita yang beroleh manafaat daripadanya.

Pada masa yang sama, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut melaksanakan Program Pemerkasaaan Ibu Waja. Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita turut memberi Bantuan Kewangan Khas bernilai RM30 juta kepada 20,000 OKU.

Dan mulai September lalu sebanyak RM6.5 juta diluluskan pembayaran kepada kira-kira 4,276 penerima. Bagaimanapun, permohonan selepas 6 Ogos 2021 sedang diproses dan diangkat untuk kelulusan pegawai yang berkenaan.

Bagi Program Bakul Makanan pula seramai 410,895 Ketua Isi Rumah (KIR) mendapat manafaat dengan nilai RM34,629,105. Manakala RM72,200,000 disalurkan melalui Kementerian Kewangan kepada kira-kira 722,000 orang.

Bermula 8 Mac 2020 sehingga 16 September 2021, sebanyak 6,946 panggilan diterima dalam program Telekaunseling Talian Kasih yang dikenali sebagai Talian 15999.

Talian yang beroperasi 24 jam dan bebas tol tersebut menerima segala bentuk aduan seperti permohonan bantuan, kaunseling, kejadian keganasan, penderaan dan sebagainya.

Selain itu, sebanyak 13 program Intervensi Psiko-sosial dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 dikongsi bersama rakyat menerusi rancangan khas di Selamat Pagi Malaysia. Segmen itu dianggar menarik 1.5 ke 1.9 juta penonton.

Siti Zailah juga berusaha meningkatkan pendaftaran warga emas dan OKU sebagai sukarelawan yang terlibat dengan KPWKM dan agensi; Sukarelawan JKM, Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah, Skuad Prihatin Negara, Skuad Waja dan Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara seramai kira-kira 15,000 orang.

Pada masa yang sama beliau turut melaksanakan program keseimbangan iaitu 132 program Skuad Waja melibatkan 326,500 anggota yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita.

Program lain iaitu Pusat Perlindungan Sementara Mangsa KRT melibatkan masjid, 105 program Legal Clinic melibatkan 77,301 orang serta 119 program De Stress dengan 118,782 peserta.

Siti Zailah turut melaksanakan tujuh program pembangunan iaitu Literasi Kewangan untuk Wanita dengan penglibatan 43,283 wanita.

Selain itu mewujudkan Kolaborasi Strategik bersama MEDAC, Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent atau SWEET, Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Kolaborasi Strategik JPW bersama Talentcorp, Program Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita secara online dan di peringkat negeri.

Siti Zailah juga mengusulkan agar kenaikan nilai 12 kategori bantuan iaitu Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Penjaaan OKU dan Pesakit Terlantar, OKU Tidak Upaya Bekerja, Program Khidmat Bantu di Rumah.

Penjaga Warga Emas, Elaun Pekerja OKU(EPOKU), menaikkan Gaji Maksimum, Pelepasan Cukai Pasanan OKU, Elaun Petugas dan Penyelia PDK, Pengoperasian PAWE dan Kadar Saguhati kepada Klien Program. Ternyata jasanya begitu besar. – HARAKAHDAILY 17/11/2022

- Advertisement -