PRU15: Jangan jadikan Perak sebagai ‘Penang 2.0’

- Advertisement -

POLITIK tanah air bakal ditentukan hala tujunya pada 19 November 2022 dengan turut melibatkan pertambahan pengundi 18 tahun dan pengundi automatik yang ramai dan boleh mengubah landskap politik negara.

- Advertisement -

Parlimen Tambun menjadi tumpuan kerana menampilkan Anwar Ibrahim yang dinamakan Pakatan Harapan sebagai bakal Perdana Menteri ke-10 dengan ‘peperangan’ bahan kempen khususnya pemasangan ‘billboard‘ bersaiz besar dan luar biasa.

Malah Negeri Perak keseluruhannya juga memperlihat persaingan tiga parti gabungan utama, PERIKATAN NASIONAL (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) serta sebahagiannya turut disertai Gerakan Tanah Air (GTA) atas nama parti Pejuang.

Secara tersuratnya bagaikan tiada apa-apa yang merisaukan dan seolah-olah seperti biasa sahaja. Namun perlu kita sedar bahawa, Negeri Perak menjadi sasaran DAP untuk membentuk Koridor Harapan melibatkan penguasaan negeri Pantai Barat, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan.

Ketika ini, kita perlu sedar bahawa 19 kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seolah-olah sudah menjadi ‘fix deposit’ milik DAP dan hanya berbaki 11 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan dan mungkinkah selepas itu Perak bakal menjadi Penang 2.0?

Sudah ramai yang mengupas mengenai bahayanya DAP dengan pelbagai perkara telah mereka laksanakan ketika berkuasa khususnya 22 bulan mentadbir negara Malaysia. Nasib bangsa Melayu yang menjadi penduduk majoriti ketika ini dan Islam juga turut terancam.

Dengan pelbagai kemungkinan dan risiko yang memudaratkan kita semua, para pengundi khususnya di Parlimen Tambun wajib tidak memilih Anwar Ibrahim sebaliknya tunjuk kan ‘jalan keluar’ daripada bumi Perak. Kuburkan karier politiknya yang semakin tidak relevan lagi yang dilihat hanya menjadi boneka DAP.

Di samping itu, pengundi Melayu khususnya mestilah menolak calon-calon PH di 11 kerusi yang mereka menang PRU14 lalu iaitu DUN Manjoi, DUN Hulu Kinta, DUN Titi Serong, DUN Kuala Kurau, DUN Sungai Rapat, DUN Teja, DUN Malim Nawar, DUN Pasir Panjang, DUN Tebing Tinggi, DUN Kamunting dan DUN Behrang untuk menggagalkan penguasaan DAP di Negeri Perak.

Begitu juga buat para penyokong Barisan Nasional, dalam usaha memastikan Negeri Perak tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, berilah undi kalian kepada PERIKATAN NASIONAL demi masa depan Perak yang lebih baik dengan tawaran kerajaan Prihatin, Bersih dan Stabil.

Jangan sampai menyesal di kemudian hari. Bijaklah bertindak dalam memilih pemimpin yang berkualiti dan mementingkan rakyat. Tiada lebih manis untuk kita jayakan Penyatuan Ummah dengan mempertahan Negeri Perak daripada dikuasai mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

Bersama-samalah kita membina negeri dan negara yang sejahtera. Boleh pastikan Perak tidak menjadi Penang 2.0 ya?

ZULFAHMI RAMLI – HARAKAHDAILY 17/11/2022

- Advertisement -