‘Flashmob’ PN Kedah serentak seluruh negeri

- Advertisement -

ALOR SETAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah kini mengadakan ‘flashmob’ serentak seluruh negeri. 

- Advertisement -

Menurut Setiausaha PN Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, ‘flashmob’ berkenaan yang diadakan bermula semalam bukan sahaja memperlihatkan mood pengundi, sebaliknya juga mencetuskan momentum sokongan terhadap PN. 

“Kita adakan (‘flashmob’) di 14 buah tempat seluruh kawasan di Kedah di lokasi yang ditentukan bermula jam 5 hingga 6 petang,” kata beliau. 

Sementara tinjauan wakil HarakahDaily di salah satu lokasi terbabit iaitu di simpang lampu isyarat, Masjid Taman Aman mendapati sokongan pengguna jalanraya sangat positif. 

Sambil membunyikan hon, mereka turut mengangkat tangan menunjukkan tanda ‘best’ kepada petugas kiri kanan jalan yang memegang sepanduk serta mengibar bendera PN. 

HarakahDaily turut difahamkan, sambutan memberansangkan juga di lain-lain lokasi termasuk di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. 

‘Flashmob’ yang kini diadakan diadakan serentak di seluruh Kedah memperlihatkan mood pengundi dan mencetuskan momentum sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL. 

Antara lokasi semalam termasuklah di simpang lampu isyarar Guar Chempedak, hadapan pasaraya Yawata, Jitra, hadapan Pejabat Daerah Pokok Sena, Titi Jeniang, hadapan Petronas, Pekan Pendang dan simpang pasaraya TF Mart, Sungai Petani. 

Sementara di Jerlun pula, ‘flashmob’ diadakan serentak dengan program ‘hit & run’ di pasar malam Kerpan; manakala di Kulim ia berlangsung di simpang lampu isyarat Taman Merak. 

Lokasi seterusnya adalah di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, hadapan Bangunan Atong, Padang Terap dan belakang kedai Nasi Ayam Pak Ya, Langkawi. 

‘Flashmob’ di Padang Serai yang dijadualkan pada hari dan waktu yang sama tidak dapat dijalankan ekoran memberi penghormatan atas kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya petang semalam. – HARAKAHDAILY 17/11/2022

- Advertisement -