Doktor kontrak: Isu yang harus diselesaikan

- Advertisement -

BIAR kami terangkan sebenarnya apa yang berlaku mengikut kronologi mudah untuk budak 5 tahun faham.

- Advertisement -

1. Beza doktor kontrak vs doktor tetap.

Doktor kontrak ni tiada jaminan kerja, gred gaji rendah, tiada pencen, tiada cuti belajar, tiada peluang sambung belajar dan macam-macam lagi berbanding doktor jawatan tetap.

2. Apakah punca lambakan doktor? Langkah sumbang BN.

Tahun 2010 di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak, daripada Kerajaan Barisan Nasional. Masa itu, nak kejar cadangan World Health Organization supaya 1 doktor boleh tampung 400 rakyat Malaysia dan mereka bertindak meningkatkan kuantiti institusi pendidikan daripada 5-6 buah kepada 38 buah untuk jurusan perubatan! 

Masalah besar adalah mereka tidak tingkatkan tempat bekerja! (klinik, hospital dan pusat perubatan)

Mereka fokus institusi pendidikan mungkin kerana ada kepentingan kepada kroni-kroni mereka? Entahlah.

Atas sikap semberono BN ini, maka pada 2016, terdapat lambakan graduan yang melampau! Maka BN memperkenalkan jawatan doktor kontrak. Tapi mereka tak bersungguh nak selesaikan isu kontrak ini.

Buktinya, belanjawan negara bagi kesihatan sekitar 3-4 peratus setiap tahun sedangkan Malaysia sepatutnya meletakkan belanjawan kesihatan sekurang-kurangnya 7 peratus.

Ala, beza 3 peratus je, banyak mana? Bezanya sekitar 40 bilion sahaja atau nombor penuhnya 40,000,000,000 sahaja. Kemudahan hospital anda masih nazak dan tenat? Sebab keputusan BN dulu kala.

3. PH yang tidak serius selesaikan isu doktor kontrak.

Zaman Pakatan Harapan bermula 2018. Adakah mereka memandang serius isu ini? 

Secara ringkas, tak serius pun. 

“Manifesto tidak dapat dilaksanakan.”

“Elaun doktor dimansuhkan.”

“Tiada jaminan jawatan tetap.”

“Tangguh penyelesaian doktor.”

4. Langkah PERIKATAN NASIONAL untuk selesaikan isu doktor kontrak.

Pendek cerita, apabila Kerajaan PERIKATAN NASIONAL mula memerintah, kita telah laksanakan beberapa inisiatif bagi menanggung kesilapan Kerajaan BN dan PH.

25 Februari 2021 – penyelarasan gred.

26 Julai 2021 – 14,000 doktor dilanjutkan kontrak.

17 Ogos 2021 – 4,053 pegawai menjadi jawatan tetap.

25 Ogos 2021 – pemanjangan cuti pegawai kontrak.

30 Ogos 2021 – cuti belajar bergaji penuh pegawai kontrak.

Isu doktor ini kami pandang serius dan kami akan perjuangkan terus menerus sehingga kita mampu menyelesaikan masalah para doktor. Teruskan menyokong kami para doktor dan pegawai kesihatan demi kesejahteraan kita semua.

5. Tawaran PERIKATAN NASIONAL PRU15.

PERIKATAN NASIONAL memandang serius perihal doktor kontrak ini maka melalui tawaran kami telah kami nyatakan bahawa kami akan menambah baik sistem pelantikan kontrak dengan memastikan kebajikan dan penjawatan anda diperjuangkan.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 17/11/2022

- Advertisement -