Anak muda tolak parti terpalit rasuah, anti-Islam

Mohd Ibad Irfan Rostan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengundi muda yang kali pertama akan menunaikan tanggungjawab, Sabtu ini akan menggunakan peluang tersebut memilih parti yang bersih, bebas rasuah dan tiada penyelewengan.

- Advertisement -

Rata-rata pengundi kali pertama itu yang ditemui mengakui anak muda bosan dengan gelagat sesetengah pemimpin politik yang hanya mengutamakan kuasa.

Mohd Ibad Irfan Rostan, 20, mengakui muak dengan gelagat ahli politik yang rakus hanya mahu mendapatkan jawatan Perdana Menteri.

Katanya, lebih pelik lagi pemimpin yang terlibat perbicaraan di mahkamah juga dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

“Kami nekad menggunakan tanggungjawab sebagai pemilih menolak pemimpin seumpama itu. Kita kena pilih pemimpin yang bersih dan tidak tercalar dengan kes rasuah.

“Kami balik sanggup mengundi bagi menunaikan tanggungjawab tersebut. Sebelum ini, kita agak keliru nak pilih, yang mana betul.

“Ada pemimpin yang rasuah dan yang anti-Islam, jadi sekarang kita akan pilih parti yang bersih,” katanya yang baru tiba di Kota Bharu, pagi tadi.

Lokman Hakim Dorizaki

Lokman Hakim Dorizaki, 21, pelajar jurusan Bioteknologi Makanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pula berkata, PRU kali ini adalah medan terbaik anak muda memilih sebuah kerajaan yang stabil dan bersih.

Katanya, kesempatan pilihan raya kali ini akan digunakan menolak pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan bersikap anti-Islam.

“Harapan saya, kerajaan baharu nanti dapat mengubah landskap politik negara bagi melahirkan sebuah pentadbiran yang bersih dan ada integriti tinggi, bukan hanya berjuang demi kepentingan peribadi,” katanya.

Abdul Muhaimin Nawawi

Abdul Muhaimin Nawawi 20, pula teruja banyak perubahan dan pembangunan dilaksanakan selepas PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN). – HARAKAHDAILY 17/11/2022

- Advertisement -