KANGAR: Seramai 1,578 anggota polis di negeri ini terbabit dalam proses undi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.
Ketua Polis Perlis, Dato’ Surina Saad, berkata seramai 533 anggota polis adalah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar (297 anggota), IPD Arau (207), IPD Padang Besar (274) dan seramai 267 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 2 Briged Utara.
Katanya, pengundian awal itu membabitkan sembilan tempat mengundi, iaitu empat di Padang Besar, tiga di sini dan dua di Arau.
“Sehingga jam 9 pagi tadi, sebanyak 16 peratus anggota telah menunaikan tanggungjawab membuang undi. Proses pengundian berjalan secara aman dan tenteram,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya kempen PRU15 berjalan lancar dengan parti yang bertanding memohon sebanyak 215 permit dan daripada jumlah itu, 88 permit untuk mengadakan ceramah dan baki untuk kempen bergerak.
Setakat ini, katanya polia hanya menerima satu laporan polis yyang mendakwa bendera parti yang dipasang telah berkurangan di sini.
“Kita juga tidak menerima sebarang aduan kemalangan akibat gangguan bendera parti bertanding,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/11/2022
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!